Powered By Blogger

Isnin, 5 Januari 2015

SENTIASA BERSYUKUR NIKMAT KURNIAAN ALLAH

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA

Selamat dating tahun baru 2015..agar membawa tahun yang lebih baik dari sebelumnya dan diberkati hendaknya pada tahun ini....

Azam menjadi yang lebih baik dari sebelumnya...

CONTOHI AKHLAK RASULULLAH

Imam Bukhari dan muslim meriwayatkan, daripada Anas Ra katanya, Raulullah SAW adalah orang yang paling baik akhlak.

HURAIAN:

*   Rasulullah SAW memiliki akhlak yang sempurna.AKHLAK rasulullah adalah yang menjadi contoh dan teladan kepada umat manusia seluruhnya.

* Asas pembinaan dan pembangunan yang luhur bagi kehidupan sesuatu masyarakat bergantung kepada akhlak yang mulia.

RAHMAT ALLAH.

Rasulullah SAW bersabda:

"Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakan nya dengan cara sederhana serta berhemat dan menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya".( Riwayat Ibnu an -najjar)


HURAIAN:

*Kekayaan dan mengumpul harta untuk mengukuhkan ekonomi sangat digalakkan dalam islam dengan syarat tertentu seperti mengeluarkan zakat, bersedekah untuk meninggikan syiar islam atau melakukan apa saja kebajikkan yang harus disisi syarak.

*Dengan cara ini, tabungan(dana) . pembahagian dan perluasan sumber sesame umat boleh dilaksanakan dengan baik dan lancer untuk kepentingan umum bagi mengelakkan daripada meminjam atau berhutang

*Kemiskinan itu kadangkala boleh membuat ka akidah seseorang terpesong di mana musuh islam akan  mengambil kesempatan atas kekurangan dan kelemahan yang di hadapi untuk memperngaruhi kearah kesesatan.

* oleh itu kemantapan iman sangat penting, jangan sampai menyalahkan takdir di saat menghadapi kemiskinan atau kesusahan hidup

* Rezeki dan kemewahan datangnya daripada allah. Setiap manusia manusia dituntut untuk berusaha mengubah nasibnyanya, tetapi di ingatkan agar tidak bersikap rakus sehingga mencetuskan permusuhan dan dengki.

*  sebaliknya, hendaklah bersikap sederhana dan sentiasa bersyukur dengan nikmat dikurniakan allah sama ada banyak ataupun sedikit.

          bersedekahlah walau pun sedikit


Daripada Adi bin hatim Ra berkatanya, Raulullah saw  bersabda:" takutlah kamu semua kepada neraka sekalipun  dengan bersedekah  sebelah buah tamar.
sesiapa yang tidak dapat berbuat demikian hendaklah dia bercakap dengan perkataan baik. '( riwayat bukhari dan muslim)

HURAIAN":

*Islam sentiasa mengingatkan umatnya supaya melakukan kebaikkan dan takut azab api neraka.
*bercakap perkara baik adalah sama ganjarannya dengan bersedekah walaupun sedikit.

       
sopan santun amalan mulia


Daripada Jarir bin Abdullah Ra katanya": aku mendengar rasulullah saw bersabda katanya:" sesiapa yang tidak  dikurniakan kesantunan bererti dia tidak dikurniakan apa-apa kebaikkan (riwayat muslim)

* sifat lemah lembut kurniaan allah kepada hamba nya. orang yang memiliki sifat itu orang yang beruntung. jadi , kita  hendaklah berusaha memiliki sifat itu supaya tidak menjadi orang yang rugi....


sumber jakim

Tiada ulasan: