Powered By Blogger

Selasa, 23 Disember 2014

PERLU ISTIQAMAH LAKSANA PERINTAH ALLAH

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA

 Istiqamah ialah sentiasa tetap pada jalan lurus .Firman Allah dalam Surah Hud, Ayat 112 bermaksud : " Maka tetaplah engkau (Muhammad) (dijalan yang benar) sebagai mana diperintahkan kepadamu."

Ertinya di sini, beristiqamahlah  pada agama rabbmu, mengamalkannya dan berdoa kepadanya.

Firman allah lagi dalam Surah Fussilat, ayat 30 hingga 32 bermaksud: "Sesungguhnya orang  yang berkata 'rabb kami adalah allah; kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata) janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu bersedih hati dan bergembiralah kamu dengan(memperoleh) syurga yang dijanjikan kepadamu.

"kami lah perlindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat, didalam nya(syurga) kamu peroleh apa yang kamu minta. sebagai penghormatan (bagimu) dari (allah) yang maha pengampun, maha penyayang.'

jueirfan8909@gmail.com
Tambah kapsyen

Allah swt mengkhabarkan bahawa orang yang mengesakan nya  dan konsisten melakukan ketaatan kepad nya , maka orang terbabit aman ketika  menghadapi kematian serta pada hari kiamat dan pahala nya adalah syurga.

Dalam surah al-ahqaf, ayat 13 dan 14 pula diterangkan: sesungguhnya orang yang mengatakan "rabb kami adalah allah'  kemudian mereka tetap istiqamah ,tidak ada rasa khuatir pada mereka dan mereka tidak (pula) bersedih hati.

'mereka itulah kalangan penghuni syurga, kekal di dalam nya sebagai balasan atas apa yang mereka kerjakan.'

maksudnya mereka beristiqamah untuk mengesakan allah serta mengikut al-quran dan sunnah.

daripada abu amru dan ada mengatakan namanya abu amrah sufyan bin Abdullah Ra , Katanya "saya  bertanya, wahai rasulullah!katakanlah kepada saya mengenai islam suatu pernyataan yang tidak akan saya tanyakan lagi kepada seseorang selain tuan."

Rasulullah saw menjawab: " katakanlah , saya beriman kepada allah, kemudian beristiqamahlah.'(riwayat muslim).

nabi saw juga pernah bersabda:"beristiqamah dan jangan pernah menghitung-hitung(amal baikmu). ketahuilah bahawa sebaik-baik amal perbuatan kamu ialah solat dan tidak ada yang memelihara wuduk melainkan orang mukmin,'(dicatat dalam riyadus solihin)

saidina umar Ra berkata: "Istiqamah ialah engkau menjalankan perintah serta menjauhi larangan dan tidak pergi ke sana ke mari sebagaimana rubah.'

sesetengah ulama ahli makrifah berkata: "rujukan istiqamah kepada dua hal:yakni kebenaran iman kepada allah dan mengikuti apa-apa yang dibawa oleh rasulullah saw. baik lahir mahupun batin.'

Tiada ulasan: