Powered By Blogger

Ahad, 21 Disember 2014

LAKSANA KEBAIKAN WALAU DILANDA KESULITAN...

TASAWUF SEBAGAI SEBAHAGIAN RUKUN ISLAM...PEMIMPIN TARIKAT PERLU MAHIR ILMU SYARAK....

-Kita masih berbincang mengenai Tasawuf dengan keinginan untuk memahami pegertiaanya mengikut daya dan kemampuan kita.
Ternyata teks ulama dalam membincangkan pegertian tasawuf masih banyak untuk diteliti .
-Imam al-arif al-syaarani dalam pendahuluan kitab at-tabaqat berkata:"Ulama bersepakat bahawa tidak bolehkan bagi seseorang itu memimpin tarikan(melalui jalan) kepada allah melainkan mereka yang berpengetahuan tinggi dalam ilmu syariat, ilmu mantik(logic) .Memahami sesuatu yang am dan khas, nasakh dan mansukh, memiliki pengetahuan yang mendalam mengenai bahasa arab sehingga dapat mengetahui antara lafaz majaz, istiarah dan selainnya.
-perkara dinyatakan imam al-syaarani ini memang jelas, kerana apabila seseorang itu berada di depan sebagai guru dan pemimpin sudah pasti guru dan pemimpin sudah pasti dia akan dijadikan bahan ikutan dan rujukan oleh muridnya dalam menangani masalah dan urusan.
-jika mereka tiada kemahiran dalam ilmu syarak, setiap fatwa dikeluarkan akan menyesatkan muridnya kerana mengakui dia menghalalkan sesuatu yang haram,dan begitu lah sebaliknya.


LAKSANA KEBAIKAN WALAU DILANDA KESULITAN.

-ANTARA SYURGA DAN NERAKA

*Daripada Abu Hurairah Ra Meriwatkan bahawa Rasulullah SAW Bersabda:"Neraka itu diliputi dengan pelbagai syahwat dengan syurga diliputi dengan pelbagai hal yang tidak disenangi '(muttafaq alaih -sepakat ahli hadis)
*syurga tidak dapat diraih melainkan dengan bersabar menghadapi hal tidak disenangi (seperti melawan tuntutan hawa nafsu yang mengajak kepada kemalasan , kelalaian dan kemungkaran)
*melalui hadis ini juga kita dapat fahami seseorang tidak akan selamat daripada  syahwat yang diharamkan.

-BERSABAR ATAS KESULITAN

*Daripada zubair bin adiy berkata:"suatu ketika kami mengunjungi anas bin malik ra, kemudian kami mengadu perihal apa yang kami jumpai daripada kelakuan al-hajjaj, lalu anas berkata: bersabarlah kamu kerana sesungguhnya tidak lah datang suatu zaman melainkan zaman sesudahnya itu tentu lebih buruk daripada zaman itu sendiri sehingga kamu bertemu rabb kamu. ucapan seperti ini pernah saya dengar dari pada nabi kamu saw (riwayat bukhari) huraian:
*dalam hadis ini ada pesanan agar terus melakukan amal kebaikkan meskipun kesulitan dan penderitaan tanpa menanti hilangnya semua itu.
*sesetengah ulama berkata:" waktu adalah pedang, jika kamu tidak memotongnya dengan amal kebjikkan maka waktu akan hilang tanpa ada gunanya.jadi, tiada kebahagiaan bagi orang mukmin tanpa bertemu rabbnya(allah)

-SEMANGAT KENTAL SAHABAT BERDEPAN MUSUH

* Daripada abu hurairah RA meriwatkan bahawa rasulullah saw bersabda pada hari perang khaibar: " sungguh, bendera ini akan aku berikan kepada seorang lelaki yang mencintai allah dan rasul nya. allah akan membebaskan melalui kedua dua tanganya,:"
*umar ra berkata: "saya tidak menginginkan kepimpinan melainkan pada hari itu, , kemudian saya bersikap untuk menonjolkan diri kepada  nabi saw dengan harapan agar saya di panggil untuk memegang bendera itu,.
"tiba-tiba rasulullah saw memanggil ali bin abu talib lalu baginda memberikan bendera itu kepadanya dan baginda bersabda: " berjalanlah dan jangan menoleh lagi sehingga allah memberi kemenangan melalui dirimu."
*"ali berjalan beberapa langkah , kemudian berhenti tanpa menoleh,lalu dia berteriak :"wahai rasulullah! sampai batas apa saya akan memerangi manusia?"
"rasulullah saw menjawab:"perangilah mereka sehingga mereka bersaksi bahawa tiada sembahan tiada sembahan melainkan allah dan bahawa Muhammad adalah utusan allah,"
"apabila mereka melakukan hal itu maka bereti mereka menjaga darah dan harta mereka daripadamu melainkan dengan haknya sedang hitungan mereka itu bergantung kepada allah( riwayat muslim)
huraian:
*hadis ini antara lain mengambarkan semangat kental sahabat di medan perang,selain kepatuhan mereka kepada arahan nabi saw
*ia juga secara tidak langsung menjelaskan batas dalam peperangan , bukan nya bertindak sesuka hati dan jauh sekali sampai berlaku kezaliman.
*hadis ini juga menekankan agar berpegang kepada lahiriyah (sesuatu yang nyata) manakala yang lain(tersirat) diserahkan kepada allah.(teks hadis dinukilkan daripada kitab riyadus solihin)

Tiada ulasan: