tahun 2015 masih baru lagi, betapa allah sentiasa menguji hambanya mengikut kemampuan hamba nya.
janganlah mengeluh dan bersedih hati, sesungguh nya allah telah memilih kita menunggu di akhirat y nyata, mati itu pasti.
KEUTAMAAN BERSEDEKAH
Firman Allah dalam surah al- Baqarah, ayat 261 bermaksud : bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan allah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai.
tIAP-TIAP TANGKAI ITU PULA MENGANDUNGI SERATUS BIJI . dan (ingatlah) allah menggandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki nya. dan allah maha luas (rahmat) kurnia nya lagi meliputi ilmu pengetahuan nya."
Abu Laits al samarqandi , seorang ulama besar dari asia tengah yang meninggalkan pada 375 hijrah berkata, bersedekah lah dengan sedikit atau banyak kerana sedekah itu mengandungi 10 kebaikkan, lima di dunia dan lima di akhirat..
LIMA KEBAIKKAN DI AKHIRAT
IALAH:
1.Sedekah itu akan menjadi naungan bagimu.
2. Sedekah itu akan meringankan hisab perhitungan amalnya.
3. Memberatkan timbangan amal kebaikkan.
4. Memudahkan menyeberang di atas sirat.
5. bertambah darjat di syurga.
seandainya dalam sedekah tiada kelebihan selain mendapat doa orang miskin, seharusnya seorang yang berakal tetap juga melakukannya , lebih-lebih lagi sedekah itu menyebabkan keredaan allah dan menghampakan syaitan.
Abu Laits juga menyebut dalam kitabnya tanbihul Ghafilin (peringatan orang lalai) bahawa urwah bin az-zubair berkata";- saya melihat aisyah ra bersedekah 70.000 dirham. padahal dia menampal bahagian pinggang bajunya.'
kemudian, dinukilankan satu kisah membabitkan seorang wanita yang datang kepada hasan bin abi sinan meminta-minta.
dilihat oleh hasan, wanita itu cantik. lalu dia berkata kepada pelayannya" berikan kepadanya 400 (dirham)
lantas ditegur seorang peminta yang hanya minta satu dirham.'engkau beri padanya 400!"
jawab hasan:" ketika saya lihat wanita itu catik, maka saya khuatir kalau dia meminta-minta dan dirosakkan orang. sebab itu , saya beri kepadanya yang cukup, tidak meminta minta lagi dan kalau ada orang suka mengahwini nya.'
rasulullah saw bersabda:" " sedekah tidak mengurangi harta. tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain. melainkan allah menambahkan kemuliaannya. dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana allah, melainkan allah akan mengangkat darjatnya (riwayat muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan