Powered By Blogger

Selasa, 28 Oktober 2014

SEMOGA REZEKI SEDIKIT YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN ANDA,BUKAN REZEKI YANG BANYAK YANG MENYENGSARAKAN ANDA..

APA BILA ALLAH MENGELARKAN KEUTAMAAN
YANG TADINYA TERLIPAT ,DIBERIKAN LAH KESEMPATAN UNTUKNYA
LISAN ORANG YANG DENGKI UNTUK BERPERANAN

Umur anda yang dihitungkan adalah umur berisi dengan kebahagian , kesenangan , keredhaan , dan kepuasan.
sedang ketika bersikap rakus, tamak, dan merasa gelisah ,maka ia bukan lah termasuk bahagian dari umur anda yang hakiki ,kerana ia telah mengancam kesihatan dan kebahagian anda, maka jagalah keredhaan anda pada allah, puas dengan pembahagian kurniannya ,beriman kepada taqdirnya, dan bersikap optimis dalam menghadapi masa depan....

jadilah engkau seperti kupu-kupu , ringan perawakan ,indah di pandang , sedikit bergantung pada yang lain, terbang dari satu bunga ke satu bunga yang lain, dari satu tangkai ke tangkai yang lain dan dari satu taman ke taman yang lain,

atau jadilah seperti lebah ,makan dari yang baik dan mengeluarkan yang baik, bila hinggap pada ranting, ia tidak mematahkan nya, menghisap sari bunga tanpa menyengat nya, mengeluarakan madu tanpa menyengat, terbang dengan membawa kecintaan, dan hinggap dengan membawa kasih saying , ia mempunyai suara drgungan bagaikan berita gembira dan suara desingan bagaikan ungkapan kepuasan, seakan akan ia bagaikan malaikat yang ada dilangit turun ke bumi dari alam yang kekal


allah menyukai orang orang yang suka bertaubat,
kerana mereka kembali kepadanya
dan mengadu kan perihalnya
kepadanya......

PUASLAH DENGAN REZEKI YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH KEPADA ANDA, NESCAYA ANDA AKAN MENJADI MANUSIA PALING BAHAGIA

Isnin, 27 Oktober 2014

citera kehidupan : MENCARI ILMU DALAM KEGAGALAN & PENYESALAN

citera kehidupan : MENCARI ILMU DALAM KEGAGALAN & PENYESALAN: MENUNTUT ILMU ADALAH WAJIB BAGI SETIAP MUSLIM Sayidina Ali bin abi talib pernah berkata: "Kadang -kadang dibukakan bagimu pintu taat ...

MENCARI ILMU DALAM KEGAGALAN & PENYESALAN

MENUNTUT ILMU ADALAH WAJIB BAGI SETIAP MUSLIM

Sayidina Ali bin abi talib pernah berkata: "Kadang -kadang dibukakan bagimu pintu taat dan tidak dibukakan bagi mu pintu penerimaan .Dimasa yang lain pula ditakdirkan bagi engkau perbuatan maksiat, tetapi hal itu merupakan jalan bagimu untuk sampai( kepada kebaikkan)

perbuatan maksiat yang menimbulkan perasaan bersalah dan menyesal itu lebih baik  daripada perbuatan taat yang menimbulkan perasaan takbur dan angkuh."

benar.perbuatan maksiat yang menimbulkan perasaan bersalah dan menyesal itu lebih baik daripada perbuatan taat yang menerbitkan  sikap angkuh serta takbur.sama ada sengaja atai tidak ,maksiat dan dosa itu melibatkan kegagalan di dalamnya.

demi mencari kejayaan dan kemenangan ,kita mudah mwnghalalkan  cara walaupun matlamat yang ingin dikejar itu lebih baik.

namun, pasti kegagalan akan mengiringinya.jalan yang ditempuh, jika lari daripada pertunjuk ilahi, tidak akan kemana.

begitulah rukun hidup. ada kala kita telah bersunguh-sunguh melakukan sesuatu perkara.kita telah buat dengan betul-betul.tapi, caranya pula yang salah.

rasulullah s.a.w telah menunjukkan cara yang betul untuk meraih kejayaan dunia dan akhirat.sunah yang ditinggalkan baginda berpandukan kepada wahyu al-quran, tidak menitipkan walau sedikit cela, maka lihatlah hasilnya, apabila nabi Muhammad s.a.w Berjaya menakluki dunia. itulah kejayaan yang sebenar.

melihat kepada kegagalan selama ini ,barang kali kita wajar merenung dan memunasabah kembali. apakah perkara yang kita lakukan selama ini. Apakah perkara yang kita lakukan selama ini walaupun matlamat nya indah, caranya sudah betul? Apakah jalan ditempuh itu selari dengan perintah allah dan juga rasul?

kegagalan rumah tangga, perniagaan atau pelbagai lagi, adakah benar kerana allah s.w.t sekadar menguji atau kita yang tidak mengetahui caranya yang betul? apakah telah dirujuk kepada kitab al-quran dan sunah rasul-nya? sehingga menjerumuskan kita kepada  perbuatan dosa.akhirnya menitipkan penyesalan sedangkan masa yang berharga berlalu begitu sahaja.

kegagalan sering hadir bersama-sama penyesalan, menyesal terhadap kegagalan yang berpunca daripada kebodohan diri sendiri sebenarnya memberikan sesuatu yang sangat berharga.

menyedarkan sanubari bahawa ilmu masih panjang sejengkal cuma.

namun, penyesalan itulah akhirnya menerbitkan  semangat baru kepada diri kita.bahkan lebih daripada itu, ia memberikan peluang  kepada diri bagi memulakan kembali episode kehidupan yang baru, ramai di antara kita yang berubah kerananya....

                 "At the right place, right time, right things with the right person and by the right way";>

begitulah antara kata-kata hikmah yang di lontarkan di dalam bahasa inggeris...

ada benarnya jika direnungi kegagalan selama ini,wajar kita bertanya apakah panduan yang telah kita rujuk ketika memperjuangkan sesuatu perkara? atau mungkinkah kita yang bodoh kerana melakukan perkara tanpa ilmu?

sebagai contoh, seseorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang mekanik, tentu sekali, akan mempelajari ilmu membaiki kenderaan. ia harus bermula dengan sekecil-kecil perkara sehingga lah melangkah ke perkara yang lebih besar, setelah ilmu cukup di dada, akhirnya bukan setakat bijak membaiki kenderaan ,bahkan mampu memiliki sebuah bengkel .....

penyesalanlah yang telah menghantar seseorang itu untuk menuntut ilmu.kembali mengenali kelemahan dan kekuatan diri,paling penting ,ilmulah yang mengenalkan kita kepada rasulullah s.a.w. dan pencipta kita, allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

baginda sendiri ketika melihat masyarakat di kota mekah yang hidup dalam kejahilan , akhirnya menemui ilmu allah s.w.t yang dikenali sebagai wahyu. kemudian, ilmu itulah yang membimbing baginda untuk menyelesaikan maslah -masalah membabitkan umat, bahkan sehingga menjadi pedoman kepada seluruh umat sehingga hari ini.

kegagalan yang berpunca daripada kesilapan diri sendiri bakal membuahkan penyesalan .bermula daripada penyesalan itulah menimbulkan semangat baru untuk bangkit kembali, pasti, banyak ilmu baru yang di pelajari dalam melayari kebangkitan semula berkenaan....

SYARAT-SYARAT MELAKUKAN MAKSIAT

Pada suatu hari, ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin adham.dia berkata," wahai abu ishak, selama ini aku gemar bermaksiat .tolong berikan aku nasihat."

setelah mendengar perkataan tersebut ,Ibrahim berkata," jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakan nya, maka boleh lah kamu melakukan maksiat,"

Lelaki itu dengan tidak sabar - sabar bertanya," "apakah syarat itu ,wahai abu ishak?"

Ibrahim bin adham berkata", syarat pertama,jika kamu bermaksiat kepada allah ,jangan memakan rezeki nya.'

mendengar itu, dia mengangkat kening seraya berkata," dari mana aku mahu makan? bukankah semua yang ada dibumi ini rezeki  allah?

ya!"tegas Ibrahim bin adham."kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezeki nya.sedangkan kamu selalu berkeinginan melangar larangan-nya?"

Ibrahim menyambung lagi ," yang kedua, kalau mahu bermaksiat ,jangan tinggal di bumi -nya!
syarat itu membuat lelaki tersebut sangat terkejut .brahim kembali berkata kepadanya,"wahai Abdullah, fikirkanlah..... apakah kamu layak memakan rezeki nya dan tinggal di buminya.sedangkan kamu melanggar segala larangan-nya?'

"ya! anda benar, kata lelaki itu .

dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga .Ibrahim menjawab," kalau kamu masih mahu  bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh - nya."

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata ,"wahai  Ibrahim .. ini nasihat apa? mana mungkin allah tidak melihat kita,?"

ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?," Tanya Ibrahim.

lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang ke empat .Ibrahim melanjutkan,"kalau malaikat maut dating hendak mencabut roh mu,katakanlah  kepadanya, ketepikan kematianku dulu. aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh,'.

kemudian lelaki itu mengeleng dan segera tersedar,"wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?".

"wahai Abdullah, jika kamu sudah menyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianku, lalu bagai mana engkau boleh lari daripada kemurkaan allah><"?

baiklah ,apa syarat yang kelima?

Ibrahim pun menjawab,'wahai Abdullah, andai ,andai malaikat zabaniyah dating hendak mwngiringi mu  ke Api neraka pada  hari kiammat  nanti,jangan engkau ikut bersamanya,"

perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf.dia berkata, "wahai abu ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya,"
dia tidak tahan lagi mendengar kata-kata Ibrahim .. air matanya bercucuran,"mulai saat ini aku bertaubat kepada allah, ujarnya sambil menangis teresak-esak............

CUKUPLAH KEMULIAAN ANDA DENGAN MENJADI MUSLIMAH

JANGAN KAU PUTUS ASA
KERANA TIDAK MELIHAT JALAN KELUAR
KALAU BEGITU, DI MANAKAH ALLAH DAN TAQDIRNYA?

 Segala sesuatu yang menimpa anda saat berjuang di jalan allah, merupakan penebus dosa anda atas izinnya. bergembiralah dengan khabar yang terdapat dalam hadith ini.

rasulullah shallahu "alaihi wasallam bersabda:

apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya,mengerjakan solat 5 waktunya, dan memelihara kehormatannya, nescaya ia akan memasuki syurga tuhannya.(hadith riwayat ahmad)



semua itu adalah perkara yang mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh allah.oleh kerana itu  saudariku,laksanakan amalan-amalan yang agung tersebut.
agar engkau dapat menemui tuhan yang maha pengasih: berjalanlah sesuai dengan al-quran dan sunaah nabinya.nescaya akan menjadi seorang muslimah sejati ....

semua perkara ini merupakan kemuliaan yang agung dan kebanggaan yang besar bagi anda. kerana selain anda, ada wanita yang dilahirkan di negeri negeri kafir,iaitu negeri nasrani ,yahudi, komunis, ataupun agama dan ideologi lain yang bertentangan dengan islam.sedangkan. anda dipilih oleh allah untuk menjadi muslimah sejati.dan dia akan memasukkan anda ke dalam golongan umat muhammad shaallahu 'allaihi wassallam. anda juga termasuk orang-orang yang mengikut jejak aisyah, khadijah, dan fatimah -semoga allah meredhai mereka semua.

kami sampaikan ucapan selamat buat anda, kerana anda adalah wanita yang solat lima waktu ,puasa pada bulan ramadhan ,menunaikan haji di baitullah, dan memakai hijab yang di perintahkan oleh agama

BUKAN EMAS PERTAMA YANG MEMPERCANTIKKAN ANDA,
MELAINKAN YANG MEMPERCANTIKKAN ANDA 
ADALAH AKHLAK ANDA
DAN KEKAYAAN ANDA ADALAH ETIKA ANDA.....


Rabu, 22 Oktober 2014

cara mencintai rasulullah s.a.w

tip-tip tuk membangunkan diri dalam keadaan yang tidak pasti....saya amek salah satu cara tuk saya lakukan...

cara mencintai rasulullah s.a.w

#mengenal rasulullah s.a.w
#berselawat ke atas baginda
#mengikuti sunnah dan cara hidup baginda.
#melakukan amalan yang disukai rasulullah s.a.w
#menghindari perkara yang dibernci rasulullah s.a.w
#menyampaikan kepada orang lain apa yang didakwah oleh baginda
#mendampingi pengganti baginda seperti para alim ulama dan daie.
#berdoa kepada baginda

la tahzan-lagukan munajat cinta

hikmah qiamullail

#meningkatkan keimanan muslim
#meninggikan darjat disisi ALLAH S.W.T
#dapat beribadat dengan khusyuk
#mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan waktu malam yang tenang
#melatih diri menjadi muslim bertakwa
#melatih diri memperbanyakkan amlan sunat
#mendidik jiwa melawan nafsu dan godaan syaitan.
#menyedari bahawa kita diciptakan untuk beribadat.
#melatih diri mengharap keredhaan ilahi.
#memberi ketenangan jiwa,fizikal,akal fikiran dan kekuatan rohani.
#menambahkan rasa kekerdilan diri di sisi allah s.w.t dan bertawakal kepada nya.

FIRMAN ALLAH S.W.T yang bermaksud:

"Wahai orang yang berselimut,bangunlah solat tahajud pada waktu malam.selain sedikit mas(untuk berehat),iaitu separuh waktu malam atau kurangkan sedikit daripadanya.bacalah al-quran dengan tartil.sesungguhnya , kami akan menurunkan kepadamu wahyu(al-quran yang mengandungi perintah-perintah)yang berat (kepada orang yang tidak bersedia untuk menyempurnakannya...surah al-muzzammil1-5
cara mencintai rasulullah s.a.w

citera kehidupan : Mari Mengkoreksi Diri

citera kehidupan : Mari Mengkoreksi Diri: Seorang ulama besar, Syeikh Abdul Kadir Al- Jailani pernah berpesan agar kita sentiasa "memeriksa" diri.semoga ia dapat memberi ma...

Ahad, 19 Oktober 2014

Mari Mengkoreksi Diri

Seorang ulama besar, Syeikh Abdul Kadir Al- Jailani pernah berpesan agar kita sentiasa "memeriksa" diri.semoga ia dapat memberi manfaat dalam melayari kehidupan ini.begitu juga supaya kita sentiasa dapat memajukan diri.

beliau berkata:

"Jika engkau bertemu dengan seseorang maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu .ucapkan dalam hati mu,"mungkin kedudukan nya disisi allah jauh lebih baik dan mulia."

 

"jika bertemu anak kecil,maka ucapkanlah dalam hatimu," anak ini belum bermaksiat kepada allah,sedang diriku telah banyak bermaksiat kepada allah,sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadanya,tentu anak ini jauh lebih baik daripadaku."

 

jika bertemu orang tua,maka ucapkanlah dalam hatimu,"dia telah beribadat kepada allah jauh lebih lama daripadaku,tentu dia lebih baik daripadaku,"


KEINSAFAN MEMBAWA KEBERKATAN....
"Sesunnguhnya setiap amal itu berdasarkan niat dan bagi amalnya(balasan pada amalan tersebut)
adalah dengan apa yang di niatkan".

kita yang berdosa....
sesunnguhnya ,tiada yang sempurna
melainkan dia yang maha esa....

Kata orang ,api yang marak besar bermula dengan api yang kecil.sekecil-kecil api,jika tidak dipadamkan secepat mungkin,akan membesar tanpa disedari,ketika kecil, api itu mengasyikkan.namun, apabila besar menjadi lawan.

begitulah dosa kita. setiap dosa yang besar bermula dengan dosa yang kecil. dosa kecil yang tidak disesali dengan taubat nasuha akan meninggalkan titik hitam di dalam hati.kemudian, jika dibiarkan lagi akan memenuhi seluruh hati berkenaan.

kita sering menganggap ringan terhadap setiap dosa kecil .seolah-olah tiada apa. sebaliknya, semakin dibiarkan lama, semakin membarah dosa itu sehingga boleh menutupi hati, kemudian, memungkinkan kita melakukan dosa  besar, semakin dianggap kecil dosa itu, semakin menjadi besar di hadapan allah s.w.t.

FIRMANNYA YANG BERMAKSUD:
-"Sebenarnya(ayat-ayat KAMI  tiada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran(DOSA) Disebabkan (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan."

RASULULLAH S.A.W juga bersabda yang bermaksud:
"Ketika seorang mukmin berbuat satu dosa, dosa itu menjadi setitik noda hitam pada hatinya, Jika menyesalinya(memohon keampunan), hilanglah noda itu, jika ia tidak menyesali,maka noda akan membesar dan membesar sehingga menutupi seluruh hatinya."

apabila terlalu hitam dan kerasnya hati, kita akan sukar untuk memunasabah diri sendiri. Gagal memahami sebarang perubahan yang berlaku kepada diri secara rohani dan jasmani. sedangkan allah s.w.t berfirman di dalam surah an nisaa'" ayat 31 yang bermaksud":

"jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya ,kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)."

setiap mukmin tidak akan pernah terlepas daripada melakukan dosa.pasti ada yang dilakukan ..bezanya adalah yang dilakukan secara sengaja atautidak sengaja.

Selasa, 14 Oktober 2014

PETUA BAHAGIAKAN IBU BAPA

"Saya mungkin mengata diri ini bodoh sekali.Sangup melakukan yang dilarang ayah ibu. Jika dari dulu lagi saya sedar , mungkin saya tidak menyesal sebegini. Kini saya bersyukur kerana ayah dan ibu tidak meminggirkan saya.Malah menerima saya kembali disisi keluarga sudah cukup mengembirakan,"

orang-orang tua pernah berpesan ,kejarlah redha allah s,w,t yang terletak di atas redha ibu dan bapa. Andai kedua-duanya tidak memberkati, apalah lagi yang mampu diharapkan daripada ilahi sedangkan ibu bapa amat mengerti sikap dan hidup kita..

kata-kata bekas imam besar masjid Negara, datuk kamaruddin zakaria mungkin punya renungan yang besar.betapa hidup ini perlukan renungan yang besar. betapa hidup ini perlukan keredhaan dan keberkatan .tanpa nya, hidup tidak mudah untuk dilalui....

"carilah redha pada enam aspek ini, pertama, hidup ini perlukan redha allah, kemudian redha rasullullah ,ibu bapa, guru , manusia dan alam ini sendiri. barulah hidup dapat dijalani dengan penuh ketenangan dan lancer,"katanya.

petua bahagiakan ibu bapa


1.memberi bantuan kewangan

-Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan.mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan factor usia. jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga semakin meningkat.....

2.menyediakan tempat itnggal

-dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal  atau kediaman tidak sesuai untuk di diami,menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.

3.memberikan kasih sayang

-kasih saying adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan oleh ibu bapa.jadinya, seharusnya kasih sayang itu  di balas sebaik-baiknya.

4.memberikan perhatian
-ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian.mereka terasa tersisih dan tidak di pedulikan. ini mungkin boleh mengakibatkan tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan .keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa...

5.memenuhi permintaan ibu bapa

-memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding tugasan lain. sesungguhnya , memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat solat sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.

mendoakan kebaikkan ibu bapa
-setiap anak perlulah sentiasa mendoakan kebaikkan untuk ibu bapa. ia adalah amalan kebaikkan yang wajar di teruskan walaupun setelah kedua-dua mereka meningeal dunia.

7.bercakap dengan lemah lembut
-salah satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah dengan mengunnakan percakapan yang lemah lembut serta sopan santun ketika berkomunikasi dengan mereka. menggunakan perkataan2 yang kasar hanya akan membuatkan ibu bapa berasa tidak dihormati......


pertemuan itu& ilham catatan wartawan
walau sesingkat mana perkenalan itu
tetap punya hikmah tersendiripetua bahagikan ibu bapa

apa lagi memberikan kesan di jiwa....

Khamis, 9 Oktober 2014

10 pesanan IMAM SYAFIE

Menurut Imam syafie, sesiapa yang ingin meninggal dunia dalam keadaan selamat ,maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara berikut........

1. HAK KEPADA DIRI: Mengurangkan tidur, makan ,percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada

2.HAK KEPADA KUBUR:
Membuang tabiat suka menabur fitnah,tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi...

3.HAK KEPADA MALAIKAT MAUT: Mrngqadakkan kewajiban-kewajiban yang tinggal,mendapatkan kemaafan daripada orang yang di zalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cintai kepada ilahi.

4.HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

5.HAK KEPADA MIZAN(NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI AKHIRAT)" Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

6.HAK KEPADA MALAIKAT PENJAGA NERAKA: Menangis kerana takutkan ALLAH S.W.T , berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terangan dan sembunyi serta memperbaiki akhlak...

7.HAK KEPADA MALAIKAT PENJAGA SYURGA:Redha dengan qadak dan qadar ILAHI,bersyukur ke atas nikmatnya,bersabar apabila menerima ujian dan bertaubat.

8.HAK KEPADA TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT: Membuang tabiat suka mengumpat, suka membantu orang yang beriman , bersikap warak dan suka berjemaah.

9.HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S,A,W:Berselawat ke atas baginda, bergatung kepada sunnah,berpegang kepada syariat ,mencintai para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan ilahi.

10.HAK KEPADA ALLAH S.W.T" : Mengajak manusia kearah kebaikkan, mencegah daripada melakukan kemungkaran, membenci maksiat dan mencintai ketaatan.........

jueirfan8909.blogsport 10 pesana imam syafie

Rabu, 8 Oktober 2014

kenangan terindah dan teman bintang

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang t'lah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

ohhh..........


Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang t'lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati





Tetap dilangkah ini
Menemani hariku
Menjadi sebuah cerita
Yang tak akan ku lupa

Apapun yang terjadi
Aku yakini nanti
Inginku wujudkan mimpi
Dan ingin aku raih

Sandarkan diri ini
Dalam tujuan hati
Mengiringi langkahku yang berarti

Biarkan bintang menjadi teman
Di dalam mimpiku berkhayal
Biarkan bintang menjadi teman
Jadikan malamku sempurna

Sandarkan diri ini
Dalam tujuan hati
Mengiringi langkahku yang berarti

Biarkan bintang menjadi teman
Di dalam mimpiku berkhayal
Biarkan bintang menjadi teman
Jadikan malamku sempurna

Biarkan bintang..
Ku berkhayal

Biarkan bintang menjadi teman
Jadikan malamku sempurna
Tetap dilangkah ini


BERKORBAN DENGAN PENUH TAWADUK(CERMIN DIRI)

#SIKAP MENUNJUK-NUNJUK PERLU DI ELAK SUPAYA IBADAT DI TERIMA ALLAH


Hari ini kita dapati makin ramai mampu melakukan ibadat korban. Pelaksanaannya di pelbagai tempat antaranya di perkarangan masjid, surau ,balai raya ,kawasan lapang atau di halaman rumah.

Namun, perlu disedari korban bukanlah suatu acara tradisi yang dilakukan apabila tiba waktunya, tetapi ia ibadat yang dituntut dalam agama.

mengikut mazhab syafie hukumnya sunat muakkad sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya," Aku diperintahkan dengan  menyembelih korban itu dan ia sunat ke atas kamu.'(riwayat tirmidzi)

Apabila disebut ibadat ,sudah tentu ia bukanlah perkara remeh-remeh atau boleh dipermain-mainkan .Ibadat bertujuan mendekatkan diri kepada allah.menzahirkan ketaatan dan ketakwaan kepada nya.

Hati perlu lah ikhlas dan tawaduk kerana allah bukannya sebab yang lain. perasaan bangga dan menunjuk-nunjuk walaupun sekelumit perlulah dibuang agar ibadat yang dilakukan diterima allah.

Dalam hubungan ini kita dapati banyak ayat al-quran yang menekankan betapa perlunya keikhlasan hati antaranya ayat 105 daripada surah yunus yang bermaksud "serta(diwajibkan kepadaku):hadapkanlah selurih dirimu (ke arah mengerjakan perintah) agama dengan betul dan ikhlas dan jangan lah engkau menjadi orang musyrik."

kemudian ayat 29 daripada surah al-a'raaf  bermaksud: katakanlah .tuhanku menyuruh berlaku adil dan hadapkan muka kamu dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan solat dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal kamu kepada nya.

firman nya dalam surah a- bayyinah, ayat 5 bermaksud:"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada nya , lagi tetap  teguh di atas tauhid..............

Seorang ahli tasawuf terkemuka dari BAGHDAD (wafat 243 hijrah) ,Harith bin asad al-muhasabi di laporkan berkata , ikhlas itu ialah anda bermaksudkan taat kepada allah dan anda tidak memerlukan kepada selainnya...................

Jesteru, apabila melakukan korban atau ibadat lain termasuk solat sematkanlah keikhlasan di dalam hati kerana nya.... Jangan pula segala susah payah menjadi sia-sia hanya kerana keikhlasan

firman nya dalam surah al-furqan, ayat 23 bermaksud,; Dan kami tujukan kepada apa yang mereka kerjakan daripada jenis amal lalu kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.'

Dalam surah al-maidah,ayat 27, firman nya bermaksud."dan bacakan lah kepada mereka kisah dua anak adam dengan sebenar-benarnya iaitu ketika berdua mempersembahkan  satu persembahan korban

:"Lalu diterima korban seorang di antara nya (haabiil) dan tidak diterima daripada yang lain (qaabiil)

:berkata (qaabiil) "sesungguhnya aku akan  membunuhmu ! haabiil menjawab:"Hanyasanya allah menerima korban daripada orang yang bertakwa'''(surah al-maidah,ayat 29)

dalam islam , ibadat korban yang disyariatkan bersumberkan al-quran dan sunah rasulullah s.a.w mempunyai pelbagai hikmah dan faedah( selain untuk menyatakan pengabdian diri dan tunduk kepada allah)

antara hikmah yang paling unggul dan jelas berkait dengan ibadat korban ialah untuk  menghidupkan  erti pengorbanan besar dilaksanakan nabi Ibrahim as ketika allah mengujinya dengan perintah supaya menyembelih anaknya.

kemudian allah menebusnya dengan suatu penyembelihan agung iaitu sekor kibas yang diturunkan oleh allah dan memerintahkan nabi Ibrahim menyembelihnya(sebagai tebusan kepada anaknya)

semuanya berlaku selepas nabi Ibrahim dan anaknya .nabi ismail as berusaha melaksanakan perintah allah dengan keimanan yang benar dan yakin

ibadat korban juga mengandungi erti pertolongan kepada orang fakir dan golongan memerlukan bantuan. melalui agihan daging korban dapat menambah perasaan gembira kepada mereka.

dengan itu akan terbentuklah ikatan persaudaraan sesame muslim yang lebih rapat, sekali gus mengukuhkan perpaduan umat.

jester, marilah kita bermohon agar ibadat dilakukan di terima oleh  allah  sebagai amalan berpahala dan menjadikan kita insan yang bertakwa......................................berkorban dengan penuh tawaduk