Powered By Blogger

Khamis, 9 Oktober 2014

10 pesanan IMAM SYAFIE

Menurut Imam syafie, sesiapa yang ingin meninggal dunia dalam keadaan selamat ,maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara berikut........

1. HAK KEPADA DIRI: Mengurangkan tidur, makan ,percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada

2.HAK KEPADA KUBUR:
Membuang tabiat suka menabur fitnah,tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi...

3.HAK KEPADA MALAIKAT MAUT: Mrngqadakkan kewajiban-kewajiban yang tinggal,mendapatkan kemaafan daripada orang yang di zalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cintai kepada ilahi.

4.HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

5.HAK KEPADA MIZAN(NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI AKHIRAT)" Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

6.HAK KEPADA MALAIKAT PENJAGA NERAKA: Menangis kerana takutkan ALLAH S.W.T , berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terangan dan sembunyi serta memperbaiki akhlak...

7.HAK KEPADA MALAIKAT PENJAGA SYURGA:Redha dengan qadak dan qadar ILAHI,bersyukur ke atas nikmatnya,bersabar apabila menerima ujian dan bertaubat.

8.HAK KEPADA TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT: Membuang tabiat suka mengumpat, suka membantu orang yang beriman , bersikap warak dan suka berjemaah.

9.HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S,A,W:Berselawat ke atas baginda, bergatung kepada sunnah,berpegang kepada syariat ,mencintai para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan ilahi.

10.HAK KEPADA ALLAH S.W.T" : Mengajak manusia kearah kebaikkan, mencegah daripada melakukan kemungkaran, membenci maksiat dan mencintai ketaatan.........

jueirfan8909.blogsport 10 pesana imam syafie

Tiada ulasan: