#SIKAP MENUNJUK-NUNJUK PERLU DI ELAK SUPAYA IBADAT DI TERIMA ALLAH
Hari ini kita dapati makin ramai mampu melakukan ibadat korban. Pelaksanaannya di pelbagai tempat antaranya di perkarangan masjid, surau ,balai raya ,kawasan lapang atau di halaman rumah.
Namun, perlu disedari korban bukanlah suatu acara tradisi yang dilakukan apabila tiba waktunya, tetapi ia ibadat yang dituntut dalam agama.
mengikut mazhab syafie hukumnya sunat muakkad sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya," Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia sunat ke atas kamu.'(riwayat tirmidzi)
Apabila disebut ibadat ,sudah tentu ia bukanlah perkara remeh-remeh atau boleh dipermain-mainkan .Ibadat bertujuan mendekatkan diri kepada allah.menzahirkan ketaatan dan ketakwaan kepada nya.
Hati perlu lah ikhlas dan tawaduk kerana allah bukannya sebab yang lain. perasaan bangga dan menunjuk-nunjuk walaupun sekelumit perlulah dibuang agar ibadat yang dilakukan diterima allah.
Dalam hubungan ini kita dapati banyak ayat al-quran yang menekankan betapa perlunya keikhlasan hati antaranya ayat 105 daripada surah yunus yang bermaksud "serta(diwajibkan kepadaku):hadapkanlah selurih dirimu (ke arah mengerjakan perintah) agama dengan betul dan ikhlas dan jangan lah engkau menjadi orang musyrik."
kemudian ayat 29 daripada surah al-a'raaf bermaksud: katakanlah .tuhanku menyuruh berlaku adil dan hadapkan muka kamu dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan solat dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal kamu kepada nya.
firman nya dalam surah a- bayyinah, ayat 5 bermaksud:"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada nya , lagi tetap teguh di atas tauhid..............
Seorang ahli tasawuf terkemuka dari BAGHDAD (wafat 243 hijrah) ,Harith bin asad al-muhasabi di laporkan berkata , ikhlas itu ialah anda bermaksudkan taat kepada allah dan anda tidak memerlukan kepada selainnya...................
Jesteru, apabila melakukan korban atau ibadat lain termasuk solat sematkanlah keikhlasan di dalam hati kerana nya.... Jangan pula segala susah payah menjadi sia-sia hanya kerana keikhlasan
firman nya dalam surah al-furqan, ayat 23 bermaksud,; Dan kami tujukan kepada apa yang mereka kerjakan daripada jenis amal lalu kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.'
Dalam surah al-maidah,ayat 27, firman nya bermaksud."dan bacakan lah kepada mereka kisah dua anak adam dengan sebenar-benarnya iaitu ketika berdua mempersembahkan satu persembahan korban
:"Lalu diterima korban seorang di antara nya (haabiil) dan tidak diterima daripada yang lain (qaabiil)
:berkata (qaabiil) "sesungguhnya aku akan membunuhmu ! haabiil menjawab:"Hanyasanya allah menerima korban daripada orang yang bertakwa'''(surah al-maidah,ayat 29)
dalam islam , ibadat korban yang disyariatkan bersumberkan al-quran dan sunah rasulullah s.a.w mempunyai pelbagai hikmah dan faedah( selain untuk menyatakan pengabdian diri dan tunduk kepada allah)
antara hikmah yang paling unggul dan jelas berkait dengan ibadat korban ialah untuk menghidupkan erti pengorbanan besar dilaksanakan nabi Ibrahim as ketika allah mengujinya dengan perintah supaya menyembelih anaknya.
kemudian allah menebusnya dengan suatu penyembelihan agung iaitu sekor kibas yang diturunkan oleh allah dan memerintahkan nabi Ibrahim menyembelihnya(sebagai tebusan kepada anaknya)
semuanya berlaku selepas nabi Ibrahim dan anaknya .nabi ismail as berusaha melaksanakan perintah allah dengan keimanan yang benar dan yakin
ibadat korban juga mengandungi erti pertolongan kepada orang fakir dan golongan memerlukan bantuan. melalui agihan daging korban dapat menambah perasaan gembira kepada mereka.
dengan itu akan terbentuklah ikatan persaudaraan sesame muslim yang lebih rapat, sekali gus mengukuhkan perpaduan umat.
jester, marilah kita bermohon agar ibadat dilakukan di terima oleh allah sebagai amalan berpahala dan menjadikan kita insan yang bertakwa......................................berkorban dengan penuh tawaduk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan