MENUNTUT ILMU ADALAH WAJIB BAGI SETIAP MUSLIM
Sayidina Ali bin abi talib pernah berkata: "Kadang -kadang dibukakan bagimu pintu taat dan tidak dibukakan bagi mu pintu penerimaan .Dimasa yang lain pula ditakdirkan bagi engkau perbuatan maksiat, tetapi hal itu merupakan jalan bagimu untuk sampai( kepada kebaikkan)
perbuatan maksiat yang menimbulkan perasaan bersalah dan menyesal itu lebih baik daripada perbuatan taat yang menimbulkan perasaan takbur dan angkuh."
benar.perbuatan maksiat yang menimbulkan perasaan bersalah dan menyesal itu lebih baik daripada perbuatan taat yang menerbitkan sikap angkuh serta takbur.sama ada sengaja atai tidak ,maksiat dan dosa itu melibatkan kegagalan di dalamnya.
demi mencari kejayaan dan kemenangan ,kita mudah mwnghalalkan cara walaupun matlamat yang ingin dikejar itu lebih baik.
namun, pasti kegagalan akan mengiringinya.jalan yang ditempuh, jika lari daripada pertunjuk ilahi, tidak akan kemana.
begitulah rukun hidup. ada kala kita telah bersunguh-sunguh melakukan sesuatu perkara.kita telah buat dengan betul-betul.tapi, caranya pula yang salah.
rasulullah s.a.w telah menunjukkan cara yang betul untuk meraih kejayaan dunia dan akhirat.sunah yang ditinggalkan baginda berpandukan kepada wahyu al-quran, tidak menitipkan walau sedikit cela, maka lihatlah hasilnya, apabila nabi Muhammad s.a.w Berjaya menakluki dunia. itulah kejayaan yang sebenar.
melihat kepada kegagalan selama ini ,barang kali kita wajar merenung dan memunasabah kembali. apakah perkara yang kita lakukan selama ini. Apakah perkara yang kita lakukan selama ini walaupun matlamat nya indah, caranya sudah betul? Apakah jalan ditempuh itu selari dengan perintah allah dan juga rasul?
kegagalan rumah tangga, perniagaan atau pelbagai lagi, adakah benar kerana allah s.w.t sekadar menguji atau kita yang tidak mengetahui caranya yang betul? apakah telah dirujuk kepada kitab al-quran dan sunah rasul-nya? sehingga menjerumuskan kita kepada perbuatan dosa.akhirnya menitipkan penyesalan sedangkan masa yang berharga berlalu begitu sahaja.
kegagalan sering hadir bersama-sama penyesalan, menyesal terhadap kegagalan yang berpunca daripada kebodohan diri sendiri sebenarnya memberikan sesuatu yang sangat berharga.
menyedarkan sanubari bahawa ilmu masih panjang sejengkal cuma.
namun, penyesalan itulah akhirnya menerbitkan semangat baru kepada diri kita.bahkan lebih daripada itu, ia memberikan peluang kepada diri bagi memulakan kembali episode kehidupan yang baru, ramai di antara kita yang berubah kerananya....
"At the right place, right time, right things with the right person and by the right way";>
begitulah antara kata-kata hikmah yang di lontarkan di dalam bahasa inggeris...
ada benarnya jika direnungi kegagalan selama ini,wajar kita bertanya apakah panduan yang telah kita rujuk ketika memperjuangkan sesuatu perkara? atau mungkinkah kita yang bodoh kerana melakukan perkara tanpa ilmu?
sebagai contoh, seseorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang mekanik, tentu sekali, akan mempelajari ilmu membaiki kenderaan. ia harus bermula dengan sekecil-kecil perkara sehingga lah melangkah ke perkara yang lebih besar, setelah ilmu cukup di dada, akhirnya bukan setakat bijak membaiki kenderaan ,bahkan mampu memiliki sebuah bengkel .....
penyesalanlah yang telah menghantar seseorang itu untuk menuntut ilmu.kembali mengenali kelemahan dan kekuatan diri,paling penting ,ilmulah yang mengenalkan kita kepada rasulullah s.a.w. dan pencipta kita, allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
baginda sendiri ketika melihat masyarakat di kota mekah yang hidup dalam kejahilan , akhirnya menemui ilmu allah s.w.t yang dikenali sebagai wahyu. kemudian, ilmu itulah yang membimbing baginda untuk menyelesaikan maslah -masalah membabitkan umat, bahkan sehingga menjadi pedoman kepada seluruh umat sehingga hari ini.
kegagalan yang berpunca daripada kesilapan diri sendiri bakal membuahkan penyesalan .bermula daripada penyesalan itulah menimbulkan semangat baru untuk bangkit kembali, pasti, banyak ilmu baru yang di pelajari dalam melayari kebangkitan semula berkenaan....
SYARAT-SYARAT MELAKUKAN MAKSIAT
Pada suatu hari, ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin adham.dia berkata," wahai abu ishak, selama ini aku gemar bermaksiat .tolong berikan aku nasihat."
setelah mendengar perkataan tersebut ,Ibrahim berkata," jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakan nya, maka boleh lah kamu melakukan maksiat,"
Lelaki itu dengan tidak sabar - sabar bertanya," "apakah syarat itu ,wahai abu ishak?"
Ibrahim bin adham berkata", syarat pertama,jika kamu bermaksiat kepada allah ,jangan memakan rezeki nya.'
mendengar itu, dia mengangkat kening seraya berkata," dari mana aku mahu makan? bukankah semua yang ada dibumi ini rezeki allah?
ya!"tegas Ibrahim bin adham."kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezeki nya.sedangkan kamu selalu berkeinginan melangar larangan-nya?"
Ibrahim menyambung lagi ," yang kedua, kalau mahu bermaksiat ,jangan tinggal di bumi -nya!
syarat itu membuat lelaki tersebut sangat terkejut .brahim kembali berkata kepadanya,"wahai Abdullah, fikirkanlah..... apakah kamu layak memakan rezeki nya dan tinggal di buminya.sedangkan kamu melanggar segala larangan-nya?'
"ya! anda benar, kata lelaki itu .
dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga .Ibrahim menjawab," kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh - nya."
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata ,"wahai Ibrahim .. ini nasihat apa? mana mungkin allah tidak melihat kita,?"
ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?," Tanya Ibrahim.
lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang ke empat .Ibrahim melanjutkan,"kalau malaikat maut dating hendak mencabut roh mu,katakanlah kepadanya, ketepikan kematianku dulu. aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh,'.
kemudian lelaki itu mengeleng dan segera tersedar,"wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?".
"wahai Abdullah, jika kamu sudah menyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianku, lalu bagai mana engkau boleh lari daripada kemurkaan allah><"?
baiklah ,apa syarat yang kelima?
Ibrahim pun menjawab,'wahai Abdullah, andai ,andai malaikat zabaniyah dating hendak mwngiringi mu ke Api neraka pada hari kiammat nanti,jangan engkau ikut bersamanya,"
perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf.dia berkata, "wahai abu ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya,"
dia tidak tahan lagi mendengar kata-kata Ibrahim .. air matanya bercucuran,"mulai saat ini aku bertaubat kepada allah, ujarnya sambil menangis teresak-esak............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan