Powered By Blogger

Isnin, 11 Ogos 2014

PESAN DARI ORANG PINTAR

SALAH Seorang teman yang pintar, berpengalaman mempunyai hubungan erat dengan orang-orang kaya serta para pekerja pejabat, bercerita kepada saya tentang salah satu pengalaman hidupnya.

setelah cukup lama hidup selesa dan mat sejahtera bersama mereka, dia memutuskan untuk kembali kepada kehidupan sederhana dan biasa sahaja, Ia ingin hidup di tengah rakyat jelata.katanya:; Demi, allah , kehidupanku yang baru bersama orang-orang miskin jauh lebih bahagia daripada kehidupan pertama, kehidupan yang bergelumang dengan foya-foya.

pada saat itu hatiku sering gelisah, sedih , dan gusar.Tetapi sekarang, aku merasa senang, tenang, dan lega. Aku suka menghabiskan waktu duduk di raudhah di belakang imam membaca al-quran dan berzikir kepada allah sebanyak banyaknya . bagiku ini merupakan kebahagiaan tersendiri yang tak terhingga.';

hai orang yang mengira bahawa kebahagiaan itu terletak pada istana yang megah, pada wanita yang cantik, pada kedudukan yang tinggi , dan pada harta yang melimpah, anda telah salah mengira dan keliru menghitung .sesungguhnya kebahagiaan itu ada dalam hati yang tenteram solat yang khusyuk , membaca al quran dengan merenungi maknanya, berzikir mengingati allah dan makanan yang halal

    " Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik.'

(an-nahl:97)

 

2.

SYARIAT MEMILIKI TUJUAN DAN RAHSIA

 

MENYAMPAIKAN khithab syariaT hendaklah boleh memahamkan pendengar, meskipun sampai kepada mereka yang mempunyai tahap pengetahuan yang sangat rendah

 

  #Sebahagian besar khithab syariat itu ditujukan kepada orang2 awam , dan selebihnya kepada orang2 tertentu yang terpelajar,Agama itu mementingkan pada amalan-amalan,bukan pada pemikiran yang kosong.

 

# syariat itu mengakui kemanusiaan dalam segala perintah dan larangannya.

 

# syariat itu memberikan penumpuan kepada setiap masalah secara professional ,tanpa berlebihan dan tanpa kelalaian.

 

# al-quran dan as sunnah tidak tertarik kepada perkara yang aneh-aneh , tetapi mementingkan pada perkara2 yang lazim dan dikenali

 

#di dalam syariat,Muhammad s.a.w adalah seorang rasul sebagai teladan yang bersifat ma"shum.beliau bukan tuhan dan bukan orang biasa

 

#tujuan syariat ialah memperbaiki manusia agar menjadi  orang bertakwa dan taat. bukan bertujuan agar ia menjadi orang yang mampu menghimpun cabang2 ilmu, orang yang cerdik orang yang terkenal , orang yang kaya ,penguasa dan sebagainya.

 

# syariat itu tidak mengurus bisikan2 jiwa, siratan2 hati, dan kemungkinan yang jarang terjadi.

 

#cerita-cerita tentang manusia dalam al-quran dan as sunnah hanyalah dihuraikan secara global.yang penting boleh di fahami oleh yang mendengar dan diambil pengajaran dari kebaikkannya mahupun kejahatannya. keimanannya maHUpun kekufurannya , dan kelurusannya mahupun kesesatannya. Alquran  dan as sunnah tidak menghuraikan secara terperinci kehidupan dan perilakunya demikian pula dengan kisah.


3
AL-JAHIZH

MENGAMATI  kitab kitab karya penyair yang satu ini, saya tidak menemani bahasa seperti yang terkandung dalam karya ini dia dalam perkara keindahan, kehalusan, kalimatnya, keluasan ungkapannya dan kekayaan kata-katanya .tetapi sayang ,terkadangmakna syair2 nya bertentangan dan menimbulkan kekeliruan

AL JAHIZH  tidak punya modal ketakwaan yang dapat menjaganya. dan tidakmemiliki sifat keperwiraana yang melindunginya.akibatnya ,terkadang ia mencela agama dan mengoyak tirainya .dia sering mengeluarkan kata2 keji dan tidak stabil keyakinannya . dia memang orang yang berpengetahuan,namun hanya sebatas di pena dan di hujung lidah saja. orang seperti al jahizh ini hanya layak diambil manfaatnya, tetapi jangan diikut fikiran dan perilakunya.

Tiada ulasan: