ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA
HMMMhmmm...mcm dah lama x menulis blog...soo mcm mne nak mula...mukadimah dlu , hari saya nak menulis mengenai motivasi untuk kehidupan hariansetiap orang mesty ada masalah..
tapi tak tahu nak luahkan ,nie saya nak bagi semangat untuk uallss sume yang membaca blog saya...
dalam hidup jangan pernah ada putus asa, sebab hidup hanya sekali ..apa yang dating itu sume dugaa. bak kata filem p ramlee cobaan....cobaan.hihihih....
hikmah & motivasi menuju kejayaan
FITNAH DAN MUSIBAH BAGI DIRI KITA...
SUATU ketika Rabiyatul adawiyah berdialog dengan sekumpulan alim ulama.Mereka memperbincangkan masalah dunia dengan keindahan yang ada,sambil sesekali mencela dan mengutuknya.
Kerana terlalu asyik mereka bincangkan hal keduniaan, sehingga menunjukkan kesenangan mereka terhadap keduniaan yang fana dan sementara ini, semantaraa rabi"ah adawiyah terdiam saja. ketika mereka semakin asyik dalam perbualan dunia, dia menegur mereka.
" Kamu mencintai keduniaan? Barangsiapa mencintai sesuatu, akan sering menyebutnya dan banyak mengingati .Tidakkah kamu mengerti bahawa seorang lelaki yang datang kepada sekumpulan manusia dan bercakap kepada mereka dengan mengunakan ungkapan kata kata anaknya yang masih kecil, menunjukkan bahawa dirinya sangat tertarik kepada anaknya, dan . itu merupakan fitnah dan mala petaka bagi kita," kata rabi'ah adawiyah.
dan demikian lah keadaan mereka banyak menuntur keduniaan, sekali pun mereka mengatakan benci, manakala banyak menutur menunjukkan mencintainya begitulah oraang2 mencintai barang yang di benci.
ALASAN MENCERAIKAN
SALAH Seorang ahli amal soleh menerangkan .bahawairinya pernah melihat seorang pemuda tampan yang selalu mendampingi dan menemani ibnu zam'ah ,dia tidak pernah berpisah.
ketika dua hamba allah ini berpisah, seorang salih itu bertanya:Mengapa kamu berpisah dengan ibnu zam'ah?"
"entahlah,aku sendiri tidak tahu apa dosa dan kesalahanku sendiri, sehingga dia tidak mahu lagi aku temui,"jawab pemuda itu.
Kemudian seorang salih itu mencari ibnu zam'ah untuk menanyakan sebab perpisahan dengan pemuda itu.
"Wahai saudaraku, tiada tukar dari allah, aku merasa takut fitnah pemuda itu, aku takut terjangkit sifat-sifatnya .
itulah mengapa aku memutuskan hubungan dengannya.namun, aku sama sekali tidak benci, aku hanya merasa khuatir jangan-jangan suatu kejadian yang dibenci allah meninpa diriku, sehingga aku tidak dapat melihat wajahnya ,padahal ,masalah itu telah lama sekali aku rindukan dan dambakan .aku takut berpisah dengannya dikala para kekasih nya dikumpulkan,"kata ibnu zam"ah memberikan penjelasan.
dan lelaki ahli amal soleh itu pun mafhum maksudnya, dan dia segera meninggalkan ibnu zam"ah...
AWAS DARI MUSIBAH YANG MELANDA NABI LUTH
SEORANG ahli tasawuf berkisah, bahawa pada suatu waktu dirinya sedang duduk dekat syeikh sahal bin Abdullah sufi. Dia sedang berceramah ,tiba-tiba berdiri seorang pemuda tampan, dan segera menoleh kepadanya. DAN YANG LAIN mengikuti pula.
melihat keadaan yang demikian, sahal bertutur,'"wahai saudara-saudaraku, tenanglah, kamu tertipu oleh kesantunan dan kelembutan allah terhadap dirimu, kamu juga terpendaya oleh penanguhan tempoh yang allah berikan kepadamu.maka kamu akan tertimpa mala petaka yang melanda kaum nuh,hud dan kaum nabi sholeh.'
"sekarang kamu hampir mendekati kaum nabi luth..istighfarlah dan bertaubatlah kepada allah.memohon ampunan nya .sebab kamu melanggar larangannya.
bila kamu kembali melaksana perintah nya , nescaya allah akan tetap bersamamu dengan kasih saying nya sebaliknya,jika kamu menuruti kehendak hawa nafsu secara terus menerus, maka dirimu tidak dapat lepas dari sisa nya.sesungguhnya allah memiliki maghfirah (keampunan) dan azab yang pedih." demikian sahal menasihati mereka.
abi hamzah bercerita ,bahawa di suatu tempat, di negeri syam, dia melihat seorang pendeta (rahib) di jendela biaranya. dia sedang berbincang-bincang dengan seorang remaja yang berwajah cantik ,seraya sesekali tersenyum kepadanya.
melihat demikian abu hamzah berkata,"tidak sepantasnya bagi orang yang sedang menempuh jalan mendekatkan diri kepada tuhan seperti anda,menunjukkan senyuman kepada seseorang yang dikhuatirkan dapat mendatangkan fitnah dan menimbulkan godaan hati.
pendeta itu menjawab" sesungguh benar ucapanmu, aku berjanji kepada allah bahawa sejak saat ini aku tidak akan membuka mataku selama setahun bagi hukuman atas keterlanjuran perbuatanku itu,
sambil berkata demikian , mata rahib itu terpejamkan sambil memasukkan diri ke biara tempat pertapaan sambil menangis terus menerus..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan