Powered By Blogger

Ahad, 11 Januari 2015

MOHON DILINDUNGI DARIPADA KEBURUKKAN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA

*DOA APABILA MELIHAT ORANG MENGALAMI UJIAN...


                     - "Segala puji bagi allah yang menyelamatkan aku daripada sesuatu yang allah memberi cubaan kepadamu.dan allah memberi kemuliaan kepadaku melebihi orang ramai."

*DOA APABILA BERBUAT BAIK KEPADA ANDA.


      -" Semoga allah membalasmu dengan kebaikkan."(berdasarkan riwayat tirmidzi)


*bacaan apabila ada sesuatu menyenangkan atau menyusahkan


        - " rasulullah saw apabila ada sesuatu yang menyenangkan , baginda membaca( Alhamdu lillahillazi bini'matihi tatimmussolihat ) ertinya."segala puji bagi allah yang dengan nikmat nya sempurna segala amal.

apabila ada sesuatu yang tidak disukai, baginda membaca: ( alhamdu lillahi " ala kulli hal) . ertinya: " segala puji bagi allah atas segala keadaan .' (riwayat ibnu sunni dalam kitab amalul yaum wal lailah . al- hakim, menurut pendapatnya hadis itu adalah sahih)




* BACAAN KETIKA TAKUT.


        -"La illa illallah." ertinya: " tiada tuhan yang berhak disembah melainkan allah." (riwayat al- bukhari dan muslim .

*DOA PERLINDUNGAN DARIPADA SEGALA JENIS KEBURUKKAN


         - "YA Allah ! aku berlindung kepadamu daripada segala jenis keburukkan masa lalu dan yang akan dating.' ( riwayat muslim , abu daud, nasai dan ibnu majah)

"ya allah! aku berlindung kepada mu dari hari, malam, waktu, teman serta tetangga yang buruk ditempat aku tinggal.

"ya allah! aku berlindung kepada mu daripada keburukkan pendengaran , penglihatan, lidah, hati serta impianku,'


*DOA AGAR DICINTAI ALLAH


      *YA Allah ! berikanlah cntamu , cinta orang yang mencintaimu serta perbuatan yang membuat aku mampu meraih cintamu. ya allah! jadikanlah kecintaan kepadamu lebih tertanam dalam jiwaku, melebihi kecintaanku kepada diri sendiri dan keluargaku,.'

Khamis, 8 Januari 2015

Bersedekah luaskan Pintu Rezeki , Keredaan ALLAH

assalammualaikum dan salam 1 malaysia

 tahun 2015 masih baru lagi, betapa allah sentiasa menguji hambanya mengikut kemampuan hamba nya.
janganlah mengeluh dan bersedih hati, sesungguh nya allah telah memilih kita menunggu di akhirat y nyata, mati itu pasti.

KEUTAMAAN BERSEDEKAH


     Firman Allah dalam surah al- Baqarah, ayat 261 bermaksud : bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya  pada jalan allah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai.

   tIAP-TIAP TANGKAI ITU PULA MENGANDUNGI SERATUS BIJI . dan (ingatlah) allah menggandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki nya. dan allah maha luas (rahmat) kurnia nya lagi meliputi ilmu pengetahuan nya."

Abu Laits al samarqandi , seorang ulama besar dari asia tengah  yang meninggalkan pada 375 hijrah berkata, bersedekah lah dengan sedikit atau banyak kerana sedekah itu mengandungi 10 kebaikkan, lima di dunia dan lima di akhirat..


               LIMA KEBAIKKAN DI AKHIRAT 



IALAH: 



1.Sedekah itu akan menjadi naungan bagimu.
2. Sedekah itu akan meringankan hisab perhitungan amalnya.
3. Memberatkan timbangan amal kebaikkan.
4. Memudahkan menyeberang di atas sirat.
5. bertambah darjat di syurga.


seandainya dalam sedekah tiada kelebihan selain mendapat doa orang miskin, seharusnya seorang yang berakal tetap juga melakukannya , lebih-lebih lagi sedekah itu menyebabkan keredaan allah dan menghampakan syaitan.

Abu Laits juga menyebut dalam kitabnya tanbihul Ghafilin (peringatan orang lalai) bahawa urwah bin az-zubair berkata";- saya melihat aisyah ra bersedekah 70.000 dirham. padahal dia menampal bahagian pinggang bajunya.'
kemudian, dinukilankan satu kisah membabitkan seorang wanita  yang datang kepada hasan bin abi sinan meminta-minta.
dilihat oleh hasan, wanita itu cantik. lalu dia              berkata    kepada pelayannya" berikan kepadanya 400 (dirham)


lantas ditegur seorang peminta yang hanya minta satu dirham.'engkau beri padanya 400!"

jawab hasan:" ketika saya lihat wanita itu catik, maka saya khuatir kalau dia meminta-minta dan dirosakkan orang. sebab itu , saya beri kepadanya yang cukup, tidak meminta minta lagi dan kalau ada orang suka mengahwini nya.'


rasulullah saw bersabda:" " sedekah tidak mengurangi harta. tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain.  melainkan allah menambahkan kemuliaannya. dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana allah, melainkan allah akan mengangkat darjatnya (riwayat muslim)

percutian di teluk kemang port dickson bersama keluarga

assalammualaikum bersyukur diatas rezeki  kurniaan...









Isnin, 5 Januari 2015

SENTIASA BERSYUKUR NIKMAT KURNIAAN ALLAH

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA

Selamat dating tahun baru 2015..agar membawa tahun yang lebih baik dari sebelumnya dan diberkati hendaknya pada tahun ini....

Azam menjadi yang lebih baik dari sebelumnya...

CONTOHI AKHLAK RASULULLAH

Imam Bukhari dan muslim meriwayatkan, daripada Anas Ra katanya, Raulullah SAW adalah orang yang paling baik akhlak.

HURAIAN:

*   Rasulullah SAW memiliki akhlak yang sempurna.AKHLAK rasulullah adalah yang menjadi contoh dan teladan kepada umat manusia seluruhnya.

* Asas pembinaan dan pembangunan yang luhur bagi kehidupan sesuatu masyarakat bergantung kepada akhlak yang mulia.

RAHMAT ALLAH.

Rasulullah SAW bersabda:

"Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakan nya dengan cara sederhana serta berhemat dan menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya".( Riwayat Ibnu an -najjar)


HURAIAN:

*Kekayaan dan mengumpul harta untuk mengukuhkan ekonomi sangat digalakkan dalam islam dengan syarat tertentu seperti mengeluarkan zakat, bersedekah untuk meninggikan syiar islam atau melakukan apa saja kebajikkan yang harus disisi syarak.

*Dengan cara ini, tabungan(dana) . pembahagian dan perluasan sumber sesame umat boleh dilaksanakan dengan baik dan lancer untuk kepentingan umum bagi mengelakkan daripada meminjam atau berhutang

*Kemiskinan itu kadangkala boleh membuat ka akidah seseorang terpesong di mana musuh islam akan  mengambil kesempatan atas kekurangan dan kelemahan yang di hadapi untuk memperngaruhi kearah kesesatan.

* oleh itu kemantapan iman sangat penting, jangan sampai menyalahkan takdir di saat menghadapi kemiskinan atau kesusahan hidup

* Rezeki dan kemewahan datangnya daripada allah. Setiap manusia manusia dituntut untuk berusaha mengubah nasibnyanya, tetapi di ingatkan agar tidak bersikap rakus sehingga mencetuskan permusuhan dan dengki.

*  sebaliknya, hendaklah bersikap sederhana dan sentiasa bersyukur dengan nikmat dikurniakan allah sama ada banyak ataupun sedikit.

          bersedekahlah walau pun sedikit


Daripada Adi bin hatim Ra berkatanya, Raulullah saw  bersabda:" takutlah kamu semua kepada neraka sekalipun  dengan bersedekah  sebelah buah tamar.
sesiapa yang tidak dapat berbuat demikian hendaklah dia bercakap dengan perkataan baik. '( riwayat bukhari dan muslim)

HURAIAN":

*Islam sentiasa mengingatkan umatnya supaya melakukan kebaikkan dan takut azab api neraka.
*bercakap perkara baik adalah sama ganjarannya dengan bersedekah walaupun sedikit.

       
sopan santun amalan mulia


Daripada Jarir bin Abdullah Ra katanya": aku mendengar rasulullah saw bersabda katanya:" sesiapa yang tidak  dikurniakan kesantunan bererti dia tidak dikurniakan apa-apa kebaikkan (riwayat muslim)

* sifat lemah lembut kurniaan allah kepada hamba nya. orang yang memiliki sifat itu orang yang beruntung. jadi , kita  hendaklah berusaha memiliki sifat itu supaya tidak menjadi orang yang rugi....


sumber jakim