PERISTIWA NABI IBRAHIM KORBANKAN NABI ISMAIL CONTOH KEMANTAPAN IMAN..
Dalam memperkatakan aspek ibadah haji,kita sering melihatnya pada sudut pandang sekitar amalan ritual dan spiritual semata-mata.Hakikatnya pada ibadah dan manasik haji itu tersirat banyak pengajaran dan panduan buat kita.
banyak amalan dalam ibadah haji sekiranya kita teliti ,kita akan menemui kisah yang bukan hanya menyedapkan hati untuk kita terus membacanya saja, tetapi kita seolah-olah diajak sama mengikut jejak rasul-nya, Nabi Ibrahim as ,isteri tercinta nya, hajar dan anaknya,nabi ismail as.
dengan mengikuti secara insaf akan kisah mereka bertiga itu, kita akan mampu mengutip banyak pengalaman hidup mereka yang penuh berliku untuk dijadikan pedoman hidup berkeluarga kita pula.
misalnya,sikap nabi Ibrahim yang mendahulukan ketaatannya kepada perintah allah daripada naluri kasih cintanya terhadap anak.
siapa yang tak sayangkan anak sendiri,sedangkan haiwan yang melata di muka bumi pun sayang anak mereka!inikan pula manusia,mana sanggup mendera dan mendera dan menganiaya zuriat sendiri.
namun kerana mendahulukan perintah allah, kasih sayang kepada anak dipendamkan demi mengharap keredhaan allah ..memerintahakannya agar mengorbankan anaknya sendiri,ismail
boleh kita bayangkan
bagaimana perasaan nabi Ibrahim tatkala diwahyukan allah supaya mengorbankan anak kesayangannya itu.manusia biasa tak sanggup di hati untuk berbuat demi kian.
bagaimana ,baginda sentiasa mendahulukan perintah allah atas segala perintah supaya mengorbankan keluarga sendiri,
pengajaran nya buat kita pada zaman moden ini ialah kita seharusnya mendahulukan ketaatan kepada allah dalam segala kerja buat seharian termasuk dalam kehidupan keluarga.
keluarga yang soleh lagi dirahmati allah sentiasa bertakwa dan mantap imannya.ditinjau pada karakter nabi ismail pula, tentu kita akan jumpa sikap luhur iaitu taatnya kepada ayahnya.
kerana perintah allah.
seperkara lagi ialah sikap menepati janji nabi ismail kepada ayahnya.dia menepati janjinya dengan merelakan dirinya dikorbankan oleh ayahnya sendiri demi mendambakan reda allah
jadi, buat anak kita, didiklah mereka agar mentaati ayah dan ibu mereka .inilah inti pati tersirat sebenarnya yang perlu kita terapkan kedalam jiwa anak kita
apabila kita mengajak anak ke masjid atau surau
didiklah mereka agar tidak mencari dan membuat alas an untuk mengelakkan diri
pastikan anak kita taat dalam aspek beramal ibadah kepada allah..
sekarang mari kita perhatikan pula ibadah sai iaitu berlari anak dari bukit marwah ke bukit safa sebanyak tujuh kali
amalan sai ini ada hubung kait secara langsung dengan kisah hajar yang gigih berusaha mencari sumber air buat minuman anaknya yang masih kecil ketika itu.
bayangkan ketika itu hajar dengan naluri kasih sayang yang amat tinggi terhadap anaknya sanggup mengggagahkan diri berulang alik dari bukit marwah ke bukit safa.bukan sekali,tetapi tujuh kali
demikian allah mempamerkan kisah keluarga nabi itu agar diteladani.kita yang bergelar ibu bapa juga sepattunya mencurahkan kasih sayang tidak berbelah bagi kepada anak.
meskipun dalam kepayahan ,hajar tetap yakin bahawa allah pasti membantunya,setiap kegetiran hidup pasti akan diakhiri dengan kejayaan.begitulah keyakinan ibu nabi ismail.
akhirnya allah mengurniakan bantuan dengan di tuskan nya malaikat berhampiran tempat nabi ismail ditinggalkan oleh ibunya terpancutlah aliran air yang kemudian dikenali sebagai air zamzam.....
usaha,doa dan tawakal adalah keperibadiaan hajar.
tak pernah berburuk sangka terhadap suami sendiri meskipun ditinggalkankesepian bersama anak kecil di kawasan yang tandus.
malah, tiada seke, umit rasa sangsi terhadap allah dengan nasib dirinya ketika itu
sebaliknya hajar yakin bahawa akan ada pertolongan allah pada akhirnya.begitu juga dengan kita,mestilah yakin dengan allah.sentiasalah berdoa hadratnya dan patuhilah segala perintahnya.renung renungkanlah...........
PERISTIWA NABI IBRAHIM KORBANKAN NABI ISMAIL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan