Powered By Blogger

Khamis, 4 September 2014

EKSPRESI CINTA TAMBAT KASIH SUAMI

INDAHNYA SUASANA BERUMAHTANGGA DIHIASI GURAU SENDA DAN DISULAMI SEDIKIT PERGADUHAN BAGI MENJADIKAN HUBUNGAN  ANTARA SUAMI ISTERI LEBIH HARMONI.

Bagi wanita yang bergelar isteri , tiada perkara yang lebih bermakna jika suami menyayangi sepenuh hati di samping memberi perlindungan kepada seisi keluarga.

namun, disebalik keindahan pasangan suami isteri menyulam cinta , jangan pernah berputus asa untuk menjadikan hubungan indah yang dibina itu bertambah erat
ekspresi cinta tambat kasih suami
hubungan yang erat antara suami isteri boleh diciptakan menerusi cara yang mudah ,asalkan pasangan itu sentiasa berusaha.

isteri khususnya mahu menjadi orang yang paling disayangi dan dicintai suami.namun,cinta dan sayang perlu disemai dan dibajai setiap masa agar ia kekal mekar hingga kehujung nyawa.

usaha dan inisiatif perlu dilakukan bukan saja di pihak  suami bahkan si isteri juga jika masing2 mahu hidup dalam suasana menenagkan dan menyeronokkan.

dalam situasi ini, isteri perlu bijak menarik perhatian supaya diri sentiasa menjadi focus utama biarpun suami sibuk dengan tugasan di pejabat.
panduan dibawah mungkin membantu kalangan isreri yang mahu mengekalkan hubungan erat bersama suami agar kasih  yang dicurahkan tidak berkurangan malah semakin bertambah sepanjang berumah tangga.

1.SENTIASA BERHIAS KETIKA BERADA BERSAMA SUAMI.
-Apabila berada dirumah, isteri perlu sentiasa berhias untuk tampil lebih segar dan anggun di depan mata suami
-Disamping tampil menarik,isteri juga perlu mengekalkan bau harum agar suami berasa selesa dan senang sepanjang masa.
-Bahkan salah satu ciri isteri yang baik adalah menyenangkan suami ketika dipandang.Ia termasuk hal menjaga kebersihan bada, menyikat rambut, memakai wangian serta memakai pakaian yang menarik.

2.PANDAI BERGURAU SENDA
-Jika isteri pandai bergurau senda,suami pasti bahagia kerana pasangan hatinya bijak mengembirakan hatinya.
-sikap bergurau senda dan sering tersenyum dapat mengurangkan kepenatan suami yang baru pulang dari kerja.

3.SENTIASA MENDAHULUKAN SUAMI DAN MENGHORMATI PANDANGANNYA.
-Suami perlu diberi keutamaan apatah lagi dia dianggap pemimpin keluarga. Hormati juga pandangan nya terhadap sesuatu perkara.sebagai isteri,jangan cepat melenting jika suami memberi pandangan.
-Dengar dan fahami terlebih dulu setiap pandangan yang di lontarkan suami selain mengadakan perbincangan dalam suasana menenangkan.

4.MINTA IZIN
- Isteri perlu meminta izin daripada suami untuk pergi ke mana saja atau melakukan aktiviti yang digemari
-Jangan sesekali membelakangkan suami kerana ia hanya membuat kan anda rasa bersalah

5.BERSIKAP SEDERHANA.
-Jadilah isteri yang bersikap sederhana dalam apa juga perkara.jangan bersikap keterlaluan dengan meminta itu dan ini kepada suami apatah lagi jika ia melebihi kemampuan suami.

6.MEMANJAKAN SUAMI.
-Suami amat sukadimanja oleh orang yang dicintai.jadilah isteri yang suka memanjakan suami.pasti anda terus disayangi dan dicintai.
-berikan layanan yang baik kepada suami seperti menyediakan hidangan makan minum nya.mengurut badan dan seumpamanya.

7.BOLEH MEMBERI PENDAPAT DAN BERTUKAR PANDANGAN
-Komunikasi sangat penting untuk mengekalkan kebahagian rumah tangga. justeru, isteri perlu bijak memberikan pendapat atau pandangan dalam apa juga isu yang timbul.

8.HORMAT HAK PERIBADI SUAMI
-Jangan terlalu mengawal pergerakan suami kerana dia juga memerlukan masa sendiri untuk berjumpa rakan
-elak daripada suka memeriksa telefon suami,facebook.,atau e-mel walaupun sebagai isteri ada kalanya bimbang dengan tahap kesetiaan suami.

9.JANGAN SESEKALI MEMBANDINGKAN BANDINGKAN SUAMI DENGAN LELAKI YANG LAIN.
-Lelaki akan rasa tercabar sekiranya isteri gemar membandingkan dirinya dengan lelaki yang lain.

10.SENTIASA MENJAGA MARUAH SUAMI.
-Tidak kira dimana kita berada atau dengan siapa anda bersama pastikan maruah suami sentiasa terpelihara.


#tip menjadi isteri yang penyayang.............gudluck

Tiada ulasan: