Powered By Blogger

Rabu, 24 September 2014

citera kehidupan : WAJIB DAHULUKAN KETAATAN KEPADA ALLAH

citera kehidupan : WAJIB DAHULUKAN KETAATAN KEPADA ALLAH: PERISTIWA NABI IBRAHIM KORBANKAN NABI ISMAIL CONTOH KEMANTAPAN IMAN.. Dalam memperkatakan aspek ibadah haji,kita sering melihatnya pad...

WAJIB DAHULUKAN KETAATAN KEPADA ALLAH

PERISTIWA NABI IBRAHIM KORBANKAN NABI ISMAIL CONTOH KEMANTAPAN IMAN..





Dalam memperkatakan aspek ibadah haji,kita sering melihatnya pada sudut pandang sekitar amalan ritual dan spiritual semata-mata.Hakikatnya pada ibadah dan manasik haji itu tersirat banyak pengajaran dan panduan buat kita.

banyak amalan dalam ibadah haji sekiranya kita teliti ,kita akan menemui kisah yang bukan hanya menyedapkan hati untuk kita terus membacanya saja, tetapi kita seolah-olah diajak sama mengikut jejak rasul-nya, Nabi Ibrahim as ,isteri tercinta nya, hajar dan anaknya,nabi ismail as.

dengan mengikuti secara insaf akan kisah mereka bertiga itu, kita akan mampu mengutip banyak pengalaman hidup mereka yang penuh berliku untuk dijadikan pedoman hidup berkeluarga kita pula.

misalnya,sikap nabi Ibrahim yang mendahulukan ketaatannya kepada perintah allah daripada naluri kasih cintanya terhadap anak.

siapa yang tak sayangkan anak sendiri,sedangkan haiwan yang melata di muka bumi pun sayang anak mereka!inikan pula manusia,mana sanggup mendera dan mendera dan menganiaya zuriat sendiri.

namun kerana mendahulukan perintah allah, kasih sayang kepada anak dipendamkan demi mengharap keredhaan allah    ..memerintahakannya agar mengorbankan anaknya sendiri,ismail

boleh kita bayangkan
bagaimana perasaan nabi Ibrahim tatkala diwahyukan allah supaya mengorbankan anak kesayangannya itu.manusia biasa tak sanggup di hati untuk berbuat demi kian.

bagaimana ,baginda sentiasa mendahulukan perintah allah atas segala perintah supaya mengorbankan keluarga sendiri,

pengajaran nya buat kita pada zaman moden ini ialah kita seharusnya mendahulukan ketaatan kepada allah dalam segala kerja buat seharian termasuk dalam kehidupan keluarga.
keluarga yang soleh lagi dirahmati allah sentiasa bertakwa dan mantap imannya.ditinjau pada karakter nabi ismail pula, tentu kita akan jumpa sikap luhur iaitu taatnya kepada ayahnya.
kerana perintah allah.

seperkara lagi ialah sikap menepati janji nabi ismail kepada ayahnya.dia menepati janjinya dengan merelakan dirinya dikorbankan oleh ayahnya sendiri demi mendambakan reda allah

jadi, buat anak kita, didiklah mereka agar mentaati ayah dan ibu mereka .inilah inti pati tersirat sebenarnya yang perlu kita terapkan kedalam jiwa anak kita
apabila kita mengajak anak ke masjid atau surau
didiklah mereka agar tidak mencari dan membuat alas an untuk mengelakkan diri
pastikan anak kita taat dalam aspek beramal ibadah kepada allah..

sekarang mari kita perhatikan pula ibadah sai iaitu berlari anak dari bukit marwah ke bukit safa sebanyak tujuh kali

amalan sai ini ada hubung kait secara langsung dengan kisah hajar yang gigih berusaha mencari sumber air buat minuman anaknya yang masih kecil ketika itu.

bayangkan ketika itu hajar dengan naluri kasih sayang yang amat tinggi terhadap anaknya sanggup mengggagahkan diri berulang alik dari bukit marwah ke bukit safa.bukan sekali,tetapi tujuh kali

demikian allah mempamerkan kisah keluarga nabi itu agar diteladani.kita yang bergelar ibu bapa juga sepattunya mencurahkan kasih sayang tidak berbelah bagi kepada anak.

meskipun dalam kepayahan ,hajar tetap yakin bahawa allah pasti membantunya,setiap kegetiran hidup pasti akan diakhiri dengan kejayaan.begitulah keyakinan ibu nabi ismail.

akhirnya allah mengurniakan bantuan dengan di tuskan nya malaikat berhampiran tempat nabi ismail ditinggalkan oleh ibunya terpancutlah aliran air yang kemudian dikenali sebagai air zamzam.....

usaha,doa dan tawakal adalah keperibadiaan hajar.
tak pernah berburuk sangka terhadap suami sendiri meskipun ditinggalkankesepian bersama anak kecil di kawasan yang tandus.
malah, tiada seke, umit rasa sangsi terhadap allah dengan nasib dirinya ketika itu

sebaliknya hajar yakin bahawa akan ada pertolongan allah pada akhirnya.begitu juga dengan kita,mestilah yakin dengan allah.sentiasalah berdoa hadratnya dan patuhilah segala perintahnya.renung renungkanlah...........

PERISTIWA NABI IBRAHIM KORBANKAN NABI ISMAIL

Selasa, 23 September 2014

doa melembutkan hati sesiapa sahaja

Doa Melembutkan Hati Sesiapa Sahaja Rumi
Doa Melembutkan Hati Sesiapa Sahaja Rumi

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksud ayat:
200 . Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya.

Bacaan dalam huruf rumi:-
1. Yaaaa Ayyuhalladziina aamanuszbiruu waszaabiruu waraabithuu wattaqullaha la'a'llakum tuflihuuuun.
(Ayat 200 Surah Al Imran)
Ayat terakhir daripada surah Al Imran ini hendaklah dibaca ketika memasak/menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan tersebut bertujuan untuk melembutkan hati anak-anak.

إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِأَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ
Maksud Ayat :-
Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya : 'Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekelian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri".

Bacaan dalam huruf rumi:
2. Innahuu min sulaimaana wainnahuu bismillaahirrahmaanirrahiiiim. Allaa ta'luu a'layya wa'tuunii muslimiiiin.

(Ayat 30-31 Surah AnNaml)
Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah orang yang dimaksudkan secara berdepan. Ayat ini adalah untuk mengatasi masalah anak-anak yang tidak mendengar kata, tidak hormat kepada ibubapa dan sebagainya.

Quote:
Dalam menangani karenah anak...aku ada cara nak share ngan kawan2..dan ianya juga sebagai ingatan kpd aku sampai bila2...almaklumlaaa..syahmi dah makin membesar dan byk karenahnya. Aku kena byk bersabar...
Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.

Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.
Di sini, aku ingin berkongsi antara doa2 yang patut diamalkan dalam menangani kerenah anak sendiri.

Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. ”

Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

Selepas solat lima waktu,amalkand oa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”

Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” doa melembutkan hati

Ahad, 21 September 2014

rak ajaib dan dress baby

teknologi terkini rak yang mengemaskan dari segi sudut brg y kecil dan memberi lebih ruang pada keluasan rumah

berminat boleh wassap saya 012-6319667
harga kena pm
penghantaran melalui pos laju....
 

 
 
dan
tuk yang mempunyai anak kecil dan mencari baju dress yang comel...mlas nak keluar berjalan boleh wassap jugak...home made jahitan sendri nie...
 





berkelah di pantai teluk kemang port dickson

di pagi hari pada 14/9/2014 jam 7.30 keadaan keluarga yang excited nak pegi berkelah hari ini di teluk kemang,berkumpul sume di rumah mak abah,6 keluarga berkumpul dan 6 kenderaan ..

cuaca pagi ini hujan sangat lebat...tapi stay teruskan perjalanan tambahan pula dengan persiapan telah dibuat.....3 buah tempahan kek tuk menyambut besday reza bdak 3 tahun ...wowowowo bukan main lagi kan

tapi at sini saya yang jadi juru kamera....nak buat kenangan tuk sume....happy gak sebab sempat naik boat banana n paparazzi....

terima kasih yang tak terucap kepada family sahabat saya ,yang sudi terima saya dalam keluarga dia....






















Isnin, 8 September 2014

AJALMU SUDAH DITAKDIRKAN

PADA suatu hari nabi sulaiman bin daud alaihissalam sedang duduk-duduk dengan salah seorang pembantu nya. tak lama kemudian masuk seorang lelaki berpakaian kemas.setelah mengucapkan salam dan memperkenalkan diri, lelaki itu lalu ikut duduk bersama nabi sulaiman


namun lirikan matanya sebentar sebentar di lepaskan ke arah teman duduk nabi sulaiman itu sehingga membuatnya gelisah.kemudian lelaki itu berbisik kepada nabi sulaiman agar dia dikirimkan kembali ke negeri asalnya, yakni negeri india.

nabi sulaiman alaihissalam kemudian memerintahkan angin supaya membawa orang itu ke negerinya. setelah sampai lelaki itu langsung masuk ke kamar tidurnya.namun tiba-tiba orang yang menjadi teman duduk nabi sulaiman tadi sudah ada di hadapannya. hal ini membuat lelaki itu amat ketakutan. dengan suara gementar ia bertanya,"siapa kau?' orang yang ada di hadapannya itu menjawab.,"saya malaikat maut."

mendengar jawapan tersebut lelaki itu tidak puas,maka ia bertanya kembali,"bukankah engkau tadi yang berada di tempat nabi sulaiman.?

malaikatul maut menjawab."benar, aku ditugasi mencabut rohmu disini dan pada saat ini juga, pada mulanya aku hairan, kamu boleh ada di negeri syam. padahal ajalmu akan berakhir di india.
aku sempat bingung, padahal allah tidak biasa merubah tempat dan waktu orang apabila sudah tiba ajalnya,ternyata penetapan allah ta'ala benar? engkau sudah ditakdirkan mati di sini.......

Khamis, 4 September 2014

EKSPRESI CINTA TAMBAT KASIH SUAMI

INDAHNYA SUASANA BERUMAHTANGGA DIHIASI GURAU SENDA DAN DISULAMI SEDIKIT PERGADUHAN BAGI MENJADIKAN HUBUNGAN  ANTARA SUAMI ISTERI LEBIH HARMONI.

Bagi wanita yang bergelar isteri , tiada perkara yang lebih bermakna jika suami menyayangi sepenuh hati di samping memberi perlindungan kepada seisi keluarga.

namun, disebalik keindahan pasangan suami isteri menyulam cinta , jangan pernah berputus asa untuk menjadikan hubungan indah yang dibina itu bertambah erat
ekspresi cinta tambat kasih suami
hubungan yang erat antara suami isteri boleh diciptakan menerusi cara yang mudah ,asalkan pasangan itu sentiasa berusaha.

isteri khususnya mahu menjadi orang yang paling disayangi dan dicintai suami.namun,cinta dan sayang perlu disemai dan dibajai setiap masa agar ia kekal mekar hingga kehujung nyawa.

usaha dan inisiatif perlu dilakukan bukan saja di pihak  suami bahkan si isteri juga jika masing2 mahu hidup dalam suasana menenagkan dan menyeronokkan.

dalam situasi ini, isteri perlu bijak menarik perhatian supaya diri sentiasa menjadi focus utama biarpun suami sibuk dengan tugasan di pejabat.
panduan dibawah mungkin membantu kalangan isreri yang mahu mengekalkan hubungan erat bersama suami agar kasih  yang dicurahkan tidak berkurangan malah semakin bertambah sepanjang berumah tangga.

1.SENTIASA BERHIAS KETIKA BERADA BERSAMA SUAMI.
-Apabila berada dirumah, isteri perlu sentiasa berhias untuk tampil lebih segar dan anggun di depan mata suami
-Disamping tampil menarik,isteri juga perlu mengekalkan bau harum agar suami berasa selesa dan senang sepanjang masa.
-Bahkan salah satu ciri isteri yang baik adalah menyenangkan suami ketika dipandang.Ia termasuk hal menjaga kebersihan bada, menyikat rambut, memakai wangian serta memakai pakaian yang menarik.

2.PANDAI BERGURAU SENDA
-Jika isteri pandai bergurau senda,suami pasti bahagia kerana pasangan hatinya bijak mengembirakan hatinya.
-sikap bergurau senda dan sering tersenyum dapat mengurangkan kepenatan suami yang baru pulang dari kerja.

3.SENTIASA MENDAHULUKAN SUAMI DAN MENGHORMATI PANDANGANNYA.
-Suami perlu diberi keutamaan apatah lagi dia dianggap pemimpin keluarga. Hormati juga pandangan nya terhadap sesuatu perkara.sebagai isteri,jangan cepat melenting jika suami memberi pandangan.
-Dengar dan fahami terlebih dulu setiap pandangan yang di lontarkan suami selain mengadakan perbincangan dalam suasana menenangkan.

4.MINTA IZIN
- Isteri perlu meminta izin daripada suami untuk pergi ke mana saja atau melakukan aktiviti yang digemari
-Jangan sesekali membelakangkan suami kerana ia hanya membuat kan anda rasa bersalah

5.BERSIKAP SEDERHANA.
-Jadilah isteri yang bersikap sederhana dalam apa juga perkara.jangan bersikap keterlaluan dengan meminta itu dan ini kepada suami apatah lagi jika ia melebihi kemampuan suami.

6.MEMANJAKAN SUAMI.
-Suami amat sukadimanja oleh orang yang dicintai.jadilah isteri yang suka memanjakan suami.pasti anda terus disayangi dan dicintai.
-berikan layanan yang baik kepada suami seperti menyediakan hidangan makan minum nya.mengurut badan dan seumpamanya.

7.BOLEH MEMBERI PENDAPAT DAN BERTUKAR PANDANGAN
-Komunikasi sangat penting untuk mengekalkan kebahagian rumah tangga. justeru, isteri perlu bijak memberikan pendapat atau pandangan dalam apa juga isu yang timbul.

8.HORMAT HAK PERIBADI SUAMI
-Jangan terlalu mengawal pergerakan suami kerana dia juga memerlukan masa sendiri untuk berjumpa rakan
-elak daripada suka memeriksa telefon suami,facebook.,atau e-mel walaupun sebagai isteri ada kalanya bimbang dengan tahap kesetiaan suami.

9.JANGAN SESEKALI MEMBANDINGKAN BANDINGKAN SUAMI DENGAN LELAKI YANG LAIN.
-Lelaki akan rasa tercabar sekiranya isteri gemar membandingkan dirinya dengan lelaki yang lain.

10.SENTIASA MENJAGA MARUAH SUAMI.
-Tidak kira dimana kita berada atau dengan siapa anda bersama pastikan maruah suami sentiasa terpelihara.


#tip menjadi isteri yang penyayang.............gudluck