Powered By Blogger

Rabu, 30 Julai 2014

JANGAN HIDUP BAGAI KELUARGA LABAH- LABAH

Dalam al-quran ada diteranglan :'Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari allah sebagai pelindungan-pelindungan (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang(untuk menjadi tempat perlindungannya)
"Padahal sesungguhnya sarang-sarang yang sehabis habis reput ialah sarang labah-labah ,kalaulah mereka orang-orang yang berpegetahuan (maksud ayat 41 ,surah al-kabut)
seterusnya pada surah sama ayat 43,firman nya ber maksud,'Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu kami kemukakan kepada umat manusia dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya.'


benarlah apa-apa yang difirmankan allah itu kerana sekirannya kita meneliti dengan mendalam terhadap labah-labah ,akan terserlah lah banyak keburukkan dalam urusan rumah tangganya.
Dapat diibaratkan bahawa keluarga labah-labah adalah lambang sebuah keluarga yang penuh derita,kacau-bilau dan tidak ada sifat keharmonian sesama ahli keluarganya .ia adalah lambang sebuah keluarga yang penuh adegan hidup porak peranda.
Perhati kan baik-baik sikap pasangan labah-labah itu.
siapakah yang bertungkus lumus membina sarangnya?
Labah-labah betina lah sebenarnya yang berusaha gigih mempersiapkan sarang.
labah-labah jantan pula hanya datang kesarang sekadar tujuan kelamin semata-mata yang mana kemudian nya labah-labah jantan itu akan meninggalkan sarang dan pasangan nya
ini kerana sekirannya labah-labah jantan itu lambat bertindak keluar dari sarang akan menyebabkan labah-labah betina membunuhnya .



anak labah-labah pula yang membesar di sarang sering membunuh satu sama lain sehingga tinggal sedikit sahaja bilangannya dan yang terselamat itu pula kemudian akan mengigit ibu nya sampai mati.....

sesungguhnya keluarga labah-labah satu contoh keluarga malang yang dihiasi dengan babak kehidupan penuh penderitaan ,tiada persefahaman dan tiada peraturan. Keluarga labah-labah juga dilihat begitu longgar ikatan kekeluargaan ...
Jesteru , tepatlah sebagaiama diberitahukan oleh allah menerusi firman nya tadi yang memberitahu kita bahawa rumah paling lemah adalah rumah labah-labah .Lemah di sini ialah tiada ikatan keluarga penuh mesra.

Sebaliknya keluarga labah-labah meskipun berada di dalam sarang diperbuatkan daripada benang sutera yang kukuh. tetapi sayang sekali ahli keluarga nya porak peranda dan kacau bilau.

Jesteru,kita wajarnya mengambil kisah kehidupan labah-labah sebagai renungan buat kita menghindari tabiat buruk .yang akan memusnahkan kehormonian rumah tangga kita.
rumah yang kita bina meskipun mungkin tidak sebesar mana ,tetapi cukup lah andainya setiap ahli keluarga mampu memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dalam acuan hidup berteraskan ikatan kasih sayang
apalah gunanya memiliki rumah besar seindah istana, tetapi kita sebagai ahli keluarga ,suami isteri dan anak cucu saling membawa haluan sendiri,bahkan tandus daripada kasih sayang
si ayah wajib memikul amanah menyediakan segenap aspek keperluan hidup ahli keluarga.bukannya diserahkan kepada isteri seperti labah-labah .
ayah ibu berkewajiban mendidik anak agar membesar dalam kerangka hidup yang berpaksikan ketakwaan kepada allah dengan seutuhnya.
malah,si ibu wajib tampilkan sifat keibuan sejati yang lemah lembut berintikan kasih sayang terhadap anak .bukannya seperti labah-labah betina yang begitu garang dan bertindak kejam terhadap yang lain.

si ayah mahupun si ibu ada tugas wajib dilakukan,iaitu mendidik anak dengan acuan terbaik supaya ikatan keluargaan tidak terlerai tatkala mereka meningkat usia remaja dan belia.
apatah lagi dalam perkembangan sosial masa kini yang jelas menunjukkan bertapa banyaknya insiden negatif sedang melanda jiwa golongan muda.



membiarkan anak khususnya yang remaja bebas lepas dalam pergaulan tanpa adanya nasihat dan teguran berhikmah daripada kita sebagai orang tuanya akan mungkinkan kejadian tidak keinginan berlaku.

lihatlah dan bacalah paparan berita media tempatan saban hari akan kita menjumpai laporan berkenaan kes rogol.

hal buruk sebegini mudah-mudahan akan dapat kita hindari daripada menimpa diri anak kita seandainya pendidikan agama dan akhlak kita berikan dengan sebaik baiknya.


Tiada ulasan: