Powered By Blogger

Rabu, 30 Julai 2014

JANGAN HIDUP BAGAI KELUARGA LABAH- LABAH

Dalam al-quran ada diteranglan :'Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari allah sebagai pelindungan-pelindungan (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang(untuk menjadi tempat perlindungannya)
"Padahal sesungguhnya sarang-sarang yang sehabis habis reput ialah sarang labah-labah ,kalaulah mereka orang-orang yang berpegetahuan (maksud ayat 41 ,surah al-kabut)
seterusnya pada surah sama ayat 43,firman nya ber maksud,'Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu kami kemukakan kepada umat manusia dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya.'


benarlah apa-apa yang difirmankan allah itu kerana sekirannya kita meneliti dengan mendalam terhadap labah-labah ,akan terserlah lah banyak keburukkan dalam urusan rumah tangganya.
Dapat diibaratkan bahawa keluarga labah-labah adalah lambang sebuah keluarga yang penuh derita,kacau-bilau dan tidak ada sifat keharmonian sesama ahli keluarganya .ia adalah lambang sebuah keluarga yang penuh adegan hidup porak peranda.
Perhati kan baik-baik sikap pasangan labah-labah itu.
siapakah yang bertungkus lumus membina sarangnya?
Labah-labah betina lah sebenarnya yang berusaha gigih mempersiapkan sarang.
labah-labah jantan pula hanya datang kesarang sekadar tujuan kelamin semata-mata yang mana kemudian nya labah-labah jantan itu akan meninggalkan sarang dan pasangan nya
ini kerana sekirannya labah-labah jantan itu lambat bertindak keluar dari sarang akan menyebabkan labah-labah betina membunuhnya .



anak labah-labah pula yang membesar di sarang sering membunuh satu sama lain sehingga tinggal sedikit sahaja bilangannya dan yang terselamat itu pula kemudian akan mengigit ibu nya sampai mati.....

sesungguhnya keluarga labah-labah satu contoh keluarga malang yang dihiasi dengan babak kehidupan penuh penderitaan ,tiada persefahaman dan tiada peraturan. Keluarga labah-labah juga dilihat begitu longgar ikatan kekeluargaan ...
Jesteru , tepatlah sebagaiama diberitahukan oleh allah menerusi firman nya tadi yang memberitahu kita bahawa rumah paling lemah adalah rumah labah-labah .Lemah di sini ialah tiada ikatan keluarga penuh mesra.

Sebaliknya keluarga labah-labah meskipun berada di dalam sarang diperbuatkan daripada benang sutera yang kukuh. tetapi sayang sekali ahli keluarga nya porak peranda dan kacau bilau.

Jesteru,kita wajarnya mengambil kisah kehidupan labah-labah sebagai renungan buat kita menghindari tabiat buruk .yang akan memusnahkan kehormonian rumah tangga kita.
rumah yang kita bina meskipun mungkin tidak sebesar mana ,tetapi cukup lah andainya setiap ahli keluarga mampu memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dalam acuan hidup berteraskan ikatan kasih sayang
apalah gunanya memiliki rumah besar seindah istana, tetapi kita sebagai ahli keluarga ,suami isteri dan anak cucu saling membawa haluan sendiri,bahkan tandus daripada kasih sayang
si ayah wajib memikul amanah menyediakan segenap aspek keperluan hidup ahli keluarga.bukannya diserahkan kepada isteri seperti labah-labah .
ayah ibu berkewajiban mendidik anak agar membesar dalam kerangka hidup yang berpaksikan ketakwaan kepada allah dengan seutuhnya.
malah,si ibu wajib tampilkan sifat keibuan sejati yang lemah lembut berintikan kasih sayang terhadap anak .bukannya seperti labah-labah betina yang begitu garang dan bertindak kejam terhadap yang lain.

si ayah mahupun si ibu ada tugas wajib dilakukan,iaitu mendidik anak dengan acuan terbaik supaya ikatan keluargaan tidak terlerai tatkala mereka meningkat usia remaja dan belia.
apatah lagi dalam perkembangan sosial masa kini yang jelas menunjukkan bertapa banyaknya insiden negatif sedang melanda jiwa golongan muda.



membiarkan anak khususnya yang remaja bebas lepas dalam pergaulan tanpa adanya nasihat dan teguran berhikmah daripada kita sebagai orang tuanya akan mungkinkan kejadian tidak keinginan berlaku.

lihatlah dan bacalah paparan berita media tempatan saban hari akan kita menjumpai laporan berkenaan kes rogol.

hal buruk sebegini mudah-mudahan akan dapat kita hindari daripada menimpa diri anak kita seandainya pendidikan agama dan akhlak kita berikan dengan sebaik baiknya.


Selasa, 29 Julai 2014

MENJELANG DI PAGI RAYA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA


 Waaaaaaa...mesty semua umat islam menanti bulan syawal yang mulia setelah sebulan berpuasa di bulan ramadhan...

Persiapan untuk menyediakan juadah kuih n biskut raya...Aku pun sama cam korang ...Tapi kali nie dugaan kita sebagai umat islam amat terasa ,lagi2 dengan kehilangan Mh730 ,berita baru Mh17,saudara kita di Gaza..

sayu kan bila kita ingat...Aku lak dengan ayah salu menjadi persoalan raya...Ayah aku bersyukur pada mu ya allah atas anugerah mu...namun aka sebagai anak mengharap ayah ku mampu berubah,sikap panas baran ayah sekarang makin menjadi...walaupun sepanjang aku hidup ayah tak pernah ada depan mata aku,tapi aku yakin mungkin ada hikmah,
Yang buat ak sayu pada pagi hari...aku ada ayah tapi tak dapat menunjukkan kasih sayang aku...ayah andai nya kau mengerti perasaan anak ..kau tak xkan kejam dan mengikut amarahmu...aku harap suatu masa kau akan faham....
Mak wanita  terhebat dalam hidup aku,tapi mak lagi sayu kan bila ayah buat mak aaaaaa raya tahun nie mmg bersederhana....


       buah dari keredhaan adalah rasa bersyukur 

kEREDHAAN AKAN MEMBUAHKAN RASA BERSYUKUR YANG MERUPAKAN TINGKAT KEIMANAN TERTINGGI, BAHKAN MERUPAKAN HAKIKAT DARI KEIMANAN ITU SENDIRI.DALAM UKURAN IMAN,RASA BERSYUKUR ITU ADALAH PUNCAKNYA.ORANG YANG TIDAK REDHA TERHADAP PEMBERIAN ALLAH, KEPUTUSANNYA ,PENCIPTAAN NYA, PENGATURAN NYA ,TERHADAP YANG DIAMBIL DAN YANG DIBERIKAN NYA , TIDAK AKAN BOLEH BERSYUKUR KEPADA ALLAH, DAN ITU ERTINYA; ORANG YANG BERSYUKUR ADALAH ORANG YANG PALING MENIKMATI HIDUP.........

MEMAAFKAN KESALAHAN TEMAN


{JADILAH KAMU PEMAAF DAN SURUHLAH ORANG MENGERJAKAN YANG MA'RUF SERTA BERPALINGLAH DARI ORANG-ORANG YANG BODOH}


 IBN RUMI PERNAH BERKATA:;

 "MEREKA ADALAH MANUSIA DAN DUNIA YANG TAK MUNGKIN LEPAS DARI KOTORAN,YANG MEMBOSANKAN MATA ATAU MENGOTORI MINUMAN
 TIDAK ADIL JIKA ENGKAU MENGINGINKAN ORANG YANG SANGAT SEMPURNA,
   SEMENTARA ENGKAU SENDIRI TIDAK SEMPURNA.,;''

SEORANG PENYAIR LAIN MENGATAKAN;

"HUBUNGAN KITA ABADI BERSAMA HARI-HARI YANG BERGANTI
  PERPISAHAN KITA HANYALAH HUJAN DI MUSIM SEMI
  HUJAN ITU MENAKUTKANMU,
  NAMUN KAU LIHAT SEBAB-SEBABNYA AKAN SEGERA BERLALU..

BERLINDUNGLAH KEPADA ALLAH JIKA KAU JUMPA KEMARAHAN...
ITU TAK LAIN ADALAH CUMBUAN ORANG YANG DITAATI ATAS ORANG YANG MENTAATI.'

{SEANDAINYA TIDAK KERANA KURNIA ALLAH DAN RAHMAT NYA KEPADA KAMU SEKALIAN. NESCAYA TIDAK SEORANG PUN DARI KAMU BERSIH( DARP PEBUATAN KEJI DAN MUNGKAR ITU.) SELAMA-LAMANYA.}



SELAMAT HARI RAYA 2014
MAAF ZAHIR & BATIN 

Khamis, 24 Julai 2014

CINTA ,MENCINTAI,SAKIT KEHILANGAN,REDHA DENGAN UJIAN NYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para readers y dihormati dan disayangi...sudah lama rasanya saya tak update dalam blog ni..klu nak kata dah bersawang,,ni kategori sawang y teramat teruk (^-^)...heheee..Entry kali ini saya nak berkongsi sedikit tentang perpisahan..kita sentiasa tahu bahawa jatuh cinta kepada seseorang merupakan saat yang terindah bagi mana-mana pihak..segala yang susah menjadi senang,,segala kesakitan menjadi penawar,,segala kesedihan menjadi kegembiraan..begitulah betapa hebatnya percintaan apabila kita merasakan dialah yang telah ditakdirkan untuk kita..tetapi bagaimana pula bagi mereka yang gagal dalam perhubungan dan terpaksa memutuskan hubungan tersebut? Saat ini hati kita akan merasakan beban y teramat berat utk kita pikul,,kesakitan yang xmampu kita hadapi,,dan kdg2 menghilangkan semangat kita utk teruskan kehidupan..bukan senang untuk melupakan seseorang yang kita sayang..lebih-lebih lagi apabila selama ini semuanya kita berkongsi dgn dia,,meluangkan masa dengan dia,,dan menghabiskan sepenuh masa dengan kita..mereka yang berada disekeliling kita akan sentiasa bagi semangat pada diri kita..Contohnya mcm ny... "Jangan risau,,pasti akan ada yang lebih baik selepas ini",,"Lupakan dia,,carik yang baru..ko handsome/cantikk..confirm ramai nak punya",,"Kenapa ko nak seksa diri ko,,dia bukan ingat kat ko pun..lebih baik teruskan kehidupan dan carik y baru",,"Bunga bukan sekuntum/Kumbang bukan seekor" dan mcm2 lagi ..tapi hakikatnya,,kita akan masih mengingati si dia dalam hidup kita..kita akan terkenang walaupun kita xingin nak mengenangnya.. ~We can ignore the feelings, but the scar will always exist in our heart.. Jadi,,bercinta ini ada pros and cons..sape yang sentiasa dapat pros,,memang mereka adalah pasangan yang bertuahlah kan..hehee..tapi y dapat cons tu,,how should we handle this kind of situation??hehee..jadi kali ini,,in syaa Allah saya akan berkongsi beberapa tips yang boleh digunakan utk kita melupakan si dia yang pernah kita sayangi =)
1. Mendekatkan diri kepada Allah

Salah satu cara untuk kita melupakan seseorang,,adalah mendekatkan diri kepada Allah..Allah yang menghadirkan seseorang dalam hidup kita,,dan Allah jugalah yang mengeluarkan seseorang dalam hidup kita..segala penawar ada pada Allah..sentiasa ingat bahawa Allah keluarkan seseorang dalam hidup kita kerana Allah rindu dan sayangkan kita,,Allah ingin kita mengingati-Nya dan Allah ingin menyelamatkan kita dari kelalaian..jadi berdoa lah kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk menghadapi segala dugaan yang diberikan,,,tapi harus ingat yew,,jangan bila susah baru mencari Allah,,kita kena sentiasa beristiqomah dalam mendekatkan diri kepada Allah =)

2. Menyibukkan diri dengan aktiviti

Kebanyakkan kita akan lakukan prkara ni utk lupakan org y kita sayang..Pegi hangout,,shopping kew bagi perempuan,,y lelaki,,xpayah cakap dah..xde aktiviti pun boleh ada aktiviti  ..buat aktiviti dan rekreasi yang boleh menenangkan fikiran dan berikan kepuasan pada diri kita..Dengan cara ini kita dapat hilangkan kesedihan dan dapat melepaskan geram dgn cara y lebih sihat

3. Remove everything about "THEM"

Ermm,,ini paling tough ny..bagi mereka yang still mengharap pada si dia atau terlampau sayang,,mgkn xdpt buat semua tu..dalam hal ni,,nak remove atau xbergantung kpd kita..klu kita rasa dgn kekalkan dia dlm hidup kita masih boleh berikan kekuatan,,simpan jewla..klu asyik bagi kesakitan,,buat apa seksa diri,,,buang jew (senang jew ckp,,nak buat tu y payah..huhu)..kadang2 kita rasa nak simpan semua kenangan,,tp si dia mgkn sudah hbs removekan diri kita dari hidup dia..jd,,if they can do it,,why we can't? the answer is obvious,,we still hoping for them to come back =) Sentiasa ingat,,mereka y sayangi kita xkan sanggup utk melukakan hati kita atau mengabaikan kita walaupun hubungan itu dah putus..jadi,,carilah kekuatan utk removekan SI DIA dari hidup anda

4. Sentiasa mencari Hikmah disebalik perpisahan tersebut

Allah takkan menguji hambaNya dengan sesuatu yang tak mampu dihadapi oleh hambaNya..dan Allah sentiasa tahu apa yang terbaik utk diri kita..kita mgkn rasa dia adalah soulmate kita,,tp Allah berikan yang lain..percayalah,,yang lain itu lah yang kita benar2 perlukan dalam hidup kita..sentiasa mencari yang hikmah,,dan cuba jgn membenci mereka yang kita sayangi..kerana kebencian hanya mendatangkan permusuhan...kita pasti xingin bermusuh dgn org y kita pernah sayangi..apa yang mampu kita buat,,adalah mendoakan agar dia bahagia dengan pilihan hatinya



5.Makan, makan dan makan
haaa,,,ni tips y berbahaya..sb boleh menyebabkan kita menjadi comel,,comel dan tersangat comel..tp dengan makan,,kita boleh kurangkan kesedihan..sb bila perut kenyang,,kita sntsa boleh berfikir dengan rational..dan saya sarankan stp kali kita sedih,,try makan choclate atau aiskrim..sb coklat dan aiskrim ada perangsang y sama spt kita jatuh cinta pada seseorang..jadi,,ia dpt menenangkan fikiran..bayangkan makan choclate,,smbil layan lagu...perghh,,serius best =)
6. Luahkan perasaan anda kepada seseorang yang anda percayai

Ini boleh jadi ahli keluarga,,kawan-kawan dan lain-lain..luahkan pada mereka apa y anda rasa..jangan cuba utk menghadapi seorang diri..kita xkn mampu,,percayalh..klu kita buat juga,,kdg2 mgkn akan memberikan kemudaratan pada diri kita..klu nak nangis,,nangis jew..bukan perempuan jew leh nangis,,laki pun boleh gak..that just show how important she is in your lifes =) Menangis itu bukan tanda kelemahan,,tapi itu menunjukkan kita sudah terlalu lama menjadi kuat..

7. Terima kenyataan yang dia bukan lagi bersama kita

Ini lah yang paling penting..walau sebanyak mana tips y diberi,,klu kita xdpt terima kenyataan y dia dah pergi,,hati kita akan sentiasa menderita sedikit demi sedikit..ada satu quotes yang saya ingin kongsi.. "Go for someone who is not only proud to have you, but will also take every risk just to keep you".. klu dia boleh tinggalkan kita begitu shj,,dia mgkn bukan utk kita..dia mgkn masih sygkan kita,,tp syg mereka xcukup kuat utk mengekalkan kita dalam hidup mereka..so,,its okay..we just have to accept the fact that there is someone else that is better for us..we just have to wait and pray to Him to give us the one's that not only will love us,,but will guide us to Jannah =)


Haaaa,,rasanya itu sahajalah yang dapat dikongsikan..kalau para readers ada tips lain,,kongsilah dgn saya =) Bagi mereka y putus cinta,,jangan terburu-buru untuk mencari pasangan yang lain..Kalau sesuatu itu ditakdirkan untuk berlaku,,ia akan berlaku di masa yang tepat,,bersama seseorang y tepat dengan sebab yang paling bagus..In syaa Allah,,sekiranya ada perkongsian yang lain,,saya akan update..terima kasih di atas masa yang diberikan untuk membaca entry kali ni =) take care readers..assalamualaikum



       

KATA USTAZ.....PESANAN KEPADA SEMUA

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:

👉Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia
👉Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
👉Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan
👉Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta
👉Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa
🚫Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan
Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT
dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung


bermati-matian untuk merebut dunia
kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah
tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia
💟Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT
😖Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta
 besar.🚗🚘🏡💶

📢Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita
📢kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita
📢kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam,solat tahajud dan bermunajat
📢kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...
📢tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...
          
📴Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman.

👉apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya..
👉setiap kali menyambut hari jadi.kita sibuk nak raikan sebaik mungkin.tetapi kita telah lupa.dengan bertambahnya umur 
kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...

📢kita patut bermuhasabah mengenai bekalan
👉ke satu perjalanan yang jauh.

👉yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

👉sesungguhnya mati itu benar. 

📢Alam kubur itu benar, Hisab itu benar mahsyar Allah itu benar syurga dan neraka itu benar...


Jom kita kongsikan tazkirah rengkas yg byk memberi kesedaran bhw dunia sementara dan akhirat kekal abadi. Penyelesaian kpd masalah hidup adalah melalui iman dan amal. Iman sebesar zarrah, Allah muliakan dgn syurga 10 x dunia. Jaga solat 5 waktu (amal), Allah selesaikan masalah bukan hanya di dunia malah masalah di kubur, masyar, titian sirat dan mizan. Dgn 5 waktu amal selesai masalah di 5 tempat. Renung2kan dan selamat beramal.
😊

ORANG YANG BERSABAR AKAN MENDAPATKAN YANG TERBAIK

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA....

 Perkongsian cerita pada kali ini...............Setiap kali bila kita ada masalah ,masalah itu hadir bertimbun-timbun macam fail kan....Lepas satu- satu masalah yang dating,kadang buat kita piker mampu tak untuk kita hadapi...

 DIRIWAYATKAN DARI ABDULLAH IBN MAS'UD :JALAN KELUAR DAN KELAPANGAN HATI ITU ADA DALAM KEYAKINAN DAN KEREDHAAN HATI .. SEDANGKAN KERESAHAN DAN KESEDIHAN ITU ADA DALAM KERAGUAN DAN KEBENCIAN.

   'dia juga pernah mengatakan ,orang yang banyak bersabar akan memperoleh yang terbaik.."
Aban ibn taghlab mengatakan ,"Saya pernah mendengar seorang arab badui berkata: Sikap yang PALING BAIK  dari seseorang akan muncul ketika ia ditimpa musibah,Kerana ia akan menjadi sabar sebagai senjata menghadapi musibah tersebut dan akan memberinya inspirasi untuk selalu berharap  musibah itu segera berakhir.Dan kerana kesabarannya ,Ia seperti melihat jalan keluar dan pertolongan itu berada di depan matanya. Ini terjadi lantaran tawakal dan prasangka baiknya kepada allah.Ketika orang telah sampai pada tingkatan ini,Allah pasti akan memberikan semua yang diperlukan,menghilangkan semua yang menyulitkan, dan mengabulkan semua permintaannya ,.Dan dia selamat bersama agama, kehormatan, dan keperibadian nya."

Al-Ashma'i meriwayatkan dari seorang arab badui yang mengatakan,:"TAKUTLAH TERHADAP KEBURUKKAN YANG MUNCUL DARI TEMPAT YANG BAIK,DAN BERHARAPLAH KEBAIKKAN DARI TEMPAT YANG BURUK. SEBAB, boleh jadi kehidupan itu ada kerana adanya permintaan untuk mati, dan biasa jadi kematian itu terjadi kerana adanya harapan untuk tetap hidup. dan, tak jarang rasa nyaman itu dating dari rasa takut....

                   '' jika mata perhatian mengawasimu maka tidurlah
          sebab semua bencana aman semuanya.'

seorang yang bijaksana mengatakan ,'Orang yang berakal akan menghibur dirinya dari hal-hal yang tak disukai kerana menimpanya.';.

Alasannya: Pertama, ia boleh gembira kerana masih ada sesuatu untuknya,... kudua ,kerana masih dapat mengharapkan jalan keluar dari apa yang menimpannya...

sebaliknya,orang yang bodoh akan ketakutan menghadapi ujian yang menimpanya,kerana:

Pertama,ia harus banyak meminta bantuan kepada orang lain. kedua, ketakutannya akan sesuatu lebih besar dari yang akan menimpanya...

 

KETINGGIAN AKHLAK INSAN MULIA

"TUHANKU telah mendidikku ,maka ia baguskan akhlakku."
(hr.al-suam'ani dari abi mas'ud)

Akhlak rasulullah s.a.w telah dibentuk secara langsung oleh allah s.w.t menerusi wahyu sehinggakan allah memuji baginda dengan berfirman -nya bermaksud:

     " Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang tinggi."(al-qalam)
ketinggian akhlak rasulullah s.a.w  dapat dilihat dalam empat kejadian berikut :

1. ARAB BADWI MENGENCINGI MESJID
2.ARAB BADWI MEMARAHI NABI
3.RASULULLAH S.A.W MEMAAFKAN ABU SUFYAN
4.RASULULLAH MEMAAFKAN FUDHOLAH YANG HENDAK MEMBUNUHNYA.

Rabu, 23 Julai 2014

kehidupan bulan ramadhan pada tahun 2014

assalammualaikum dan salam 1 Malaysia...............

  sukar kita nak ungkap kan sentiasa kali ramadhan ,mesti akan ada kehilangan sanak saudara....kegembiraan di ganti dengan kesedihan, perpisahan di ganti pertemuan,

 semua dah tertulis setiap kehidupan kita pada setiap hari...kita TAK TAHU APA2....hanya yang maha mengetahui segala nya....

begitu juga kisah hidup aku pada bulan ramadhan pada tahun 2014 ini.............

   ku mengharap kan bulan Ramadan kali ini penuh makna,namun berbagai dugaan telah kau beri pada hamba2 di dunia ini...

16/7/2014
dimana pada hari ini aku menghadiri majlis berbuka puasa bersama YBTMK, KKM PUTRAJAYA.
Suasana sambutan Alhamdulillah tak dapat aku rasai betapa aku bersyukur kepada ALLAH..

18/7/2014
haaaaa...........nie tarikh yang amat aku nak ingat sampai bila2..........nak tahu tak kenapa????? sebab aku first time jumpa family hamba allah nie,dekat JALAN KEMBOJA,FELDA SENDAYAN,NEGERI SEMBILAN.
Sampai sini aku rasa gementar,,taPI Nasib baik lah family dia ini sporting,aku ley bergaul dengan family dia...
cuma dia hmmmmmmmm...xpayah citer pasal dia lah

19/7/2014
aku stay at n9.......hari ke 2 aku ikut akak dia nya family berjalan at Tesco, jusco ,balik umah mak dia berbuka bersama dan pastu malam aku pergi uptown dekat giant ,,sebenarnya aku nie tak lah tahu sangat jalan2...
20/7/2014
aku stay ada at n9.hari ke 3....hari ini mmg tak ada aktiviti...so aku cadangkan nak buat popia nestum at umah akak dia....tak ada lah aku bosan sgt,ha di bantu lak 2 orang anaak bujang akak dia menolong aku mengulung popia ..petang pegi bazar,aku lak teman jerw xbeli apa pun,berbuka dekat umah mak dia.malam balik umah akak dia.
21/7/2014
pagi lepas sahur aku gerak balik putrajaya....korang mesty pelik,kenapa aku asik dgn akak dia n family dia....so mcm mne lak aku dgn dia nya cerita....dia mmg tak ada special apa pun nak aku cerita..sebab aku dgn dia jenis kawan yang memang pelik...........
 
22/7/2014
aku habis kerja aku terus balik rumah mak aku,hurmmm nak mengambil barang orang tempah..Sampai jerw aku dekat rumah mak aku,berita yang aku dengar amat memedihkan hati hati ku..namun aku redha.
23/7/2014
aku ada dekat putrajaya...kerja kerja kerja...
24/7/2014
hari ini punya cerita...aku dekat tempat kerja,anak2 akak dia salu wechat aku...aku memang suka budak2..kadang2 layan budak2 lagi best lagi layan orang dewasa....sebab aku sendiri pun naik rimas dan tak paham ...